Wanita Usia 32 Tahun Maut Dilanggar Remaja

wanita dilanggar remaja

Wanita Usia 32 Tahun Maut Dilanggar Remaja

Satu kemalangan tercetus selepas sebuah Proton Satria yang dipandu seorang remaja perempuan berusia 14 tahun melanggar motosikal Honda Wave dinaiki dua beradik hingga  menyebabkan seorang maut selain kakaknya cedera parah dalam kejadian di Jalan Kuala Kedah, petang semalam, lapor Awani.

Difahamkan, akibat kecederaan parah di badan, mangsa, Nur Syafiqah Abdullah, 32, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pembonceng iaitu kakaknya, Nooraliza, 43, mengalami kecederaan di dada, pinggang dan kaki kiri.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Syed Basri Syed Ali, dalam kemalangan yang berlaku pada 7.05 petang itu, kereta tersebut dipercayai terbabas dan melanggar motosikal mangsa.

Hasil siasatan awal mendapati motosikal yang dibawa mangsa itu dari lampu isyarat Taman Bersatu menghala ke Kuala Kedah, sementara itu Proton Satria terbabit datang dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu hilang kawalan melanggar pembahagi tengah jalan lalu memasuki jalan bertentangan terus merempuh motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa.

“Kejadian berlaku ketika cuaca hujan dan jalan basah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Kata Syed Basri, pemandu remaja itu hanya luka di hidung dan pemeriksaan mendapati dia tidak mempunyai lesen selain sudah tidak bersekolah.

Sementara itu, Syed Basri berkata mayat penunggang motosikal itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tujuan bedah siasat.

Dalam masa yang sama, ia juga akan dihantar ke Unit Kecemasan hospital sama untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya.

Sumber: Awani

BACA: Polis Tahan Suami Isteri, Rampas 8.5 Kg Syabu Di Changlun

The post Wanita Usia 32 Tahun Maut Dilanggar Remaja appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*