Sistem Suria Guna Bateri Baharu Diperkenal Untuk BELB – Ahmad Zahid

sistem suria bateri BELB

Sistem Suria Guna Bateri Baharu Diperkenal Untuk BELB – Ahmad Zahid 

KOTA KINABALU, 30 Julai (Bernama) — Satu sistem baharu pembekalan elektrik luar bandar akan diwujudkan dengan menggunakan tenaga suria yang menggunakan bateri baharu jenis “lithium-ion” seperti digunakan dalam kenderaan elektik (EV) kerana mampu bertahan lama berbanding bateri yang digunakan sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sabah dan Sarawak, sebelum ini telah pun mengguna pakai tenaga suria, namun ia berdepan kekangan termasuk masalah penggantian bateri.

“Semasa pelaksanaan program berkenaan, pembekalan bateri hanya diberikan kepada satu pihak sahaja, sedangkan kawasan Sabah dan Sarawak terlalu luas. Maka ia tidak praktikal dan mengambil masa sehingga akhirnya kawasan yang menggunakan tenaga suria akan mengalami kegelapan yang lebih lama.

BACA JUGA: (Video) Ini 5 Tanda Bateri Kereta Dah Lemah, Kena Cepat-cepat Periksa Sebelum Bateri ‘Kong’

Jadi dengan adanya teknologi baharu, jangka hayat bateri itu lebih lama dan sistem penyelenggaraan juga akan ditukar dengan meletakkan beberapa pembekal di beberapa kawasan tertentu, bukan hanya satu pembekal untuk satu negeri sebesar Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik 4.0 di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas tentang laporan berkenaan kesediaan Sabah menjadi tapak projek rintis kedua selepas Selangor dalam pemasangan panel suria besar-besaran melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Fasa 1.

Sementara itu, ditanya mengenai sasaran kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan di negara ini terutama di kawasan luar bandar, beliau berkata kementerian mempunyai pelbagai program tersendiri untuk membantu menjayakan usaha berkenaan.

“Kita tahu garis kemiskinan iaitu pendapatan di bawah RM2,250 untuk B40 dan dilaporkan terdapat kira-kira 130,000 isi rumah yang berada di dalam paras kemiskinan tegar di negara ini. Adalah menjadi hasrat Kerajaan Perpaduan untuk menyifarkan kemiskinan tegar itu sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Sistem Suria Guna Bateri Baharu Diperkenal Untuk BELB – Ahmad Zahid appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*