Anggota Polis, Jururawat Maut Dalam Nahas Motosikal Bertembung Di Jalan Tun Sardon

polis jururawat maut

Anggota Polis, Jururawat Maut Maut Dalam Nahas Motosikal Bertembung Di Jalan Tun Sardon

BALIK PULAU, 13 Feb (Bernama) — Seorang anggota polis dan seorang jururawat maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dalam nahas di Jalan Tun Sardon di sini awal hari ini.

Insiden itu berlaku pada 6.40 pagi ketika Koperal Muhammad Zohair Dzulkefle, 44, menunggang motosikal dari arah Relau menuju Balik Pulau manakala motosikal ditunggang Norsyazwani Roslan, 30, datang dari arah bertentangan.

Jurucakap polis berkata Muhammad Zohair, yang bertugas di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, mengalami kecederaan parah di kepala serta beberapa bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye, Syria: Bayi Tujuh Bulan Terperangkap 140 Jam Diselamatkan

“Norsyazwani, yang bertugas di Hospital Bertam, turut mengalami kecederaan parah dan mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Balik Pulau pada kira-kira 10 pagi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA

The post Anggota Polis, Jururawat Maut Dalam Nahas Motosikal Bertembung Di Jalan Tun Sardon appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*