SPRM Bongkar Sindiket Rasuah Pengagihan Kuota Tiket Penerbangan Umrah

rasuah tiket umrah

SPRM Bongkar Sindiket Rasuah Pengagihan Kuota Tiket Penerbangan Umrah

PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar sindiket menentukan pengagihan kuota jumlah tempat duduk penerbangan bagi agensi-agensi pembekal perkhidmatan umrah dengan meminta rasuah kononnya berbentuk komisen.

Menurut sumber SPRM, enam individu yang terdiri daripada pengarah dan kakitangan syarikat pelancongan melibatkan enam syarikat ditahan dalam operasi khas di empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah semalam.

Kesemua lelaki berumur antara 34 hingga 55 tahun itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di sini petang semalam.

Menurut sumber itu, sebuah syarikat terbabit telah dilantik oleh sebuah syarikat penerbangan antarabangsa sebagai ejen tunggal untuk mengurus dan mengagihkan kuota tempat duduk bagi setiap penerbangan mengerjakan umrah.

“Modus operandi sindiket ialah mengenakan bayaran rasuah berjumlah antara RM50 hingga RM250 bagi setiap kuota tiket bagi jemaah umrah.

“Bayaran ini bagi memastikan agensi-agensi umrah mendapat kuota tempat duduk dalam setiap penerbangan yang dijadualkan,” kata sumber.

Sumber berkata sindiket itu dipercayai telah menjalankan kegiatan terbabit sejak 2018 dan dikatakan sebanyak 216,000 tiket telah diagihkan dengan bayaran rasuah sekurang-kurangnya berjumlah RM10.8 juta.

Sumber itu berkata agensi-agensi pelancongan umrah dikatakan terpaksa membayar kos tambahan berbentuk rasuah bagi memastikan kuota jemaah mereka mendapat tempat duduk penerbangan dan perkara ini dipercayai antara faktor harga tiket penerbangan umrah tinggi.

Sumber berkata kesemua yang ditahan kini direman selama empat hari bermula hari ini hingga Isnin depan (13 Feb) selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009, katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan penahanan itu berkata lebih ramai dijangka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

BACA:  Dah Tak Perlu Lekat Roadtax Lagi – Menteri

Sumber: Bernama

The post SPRM Bongkar Sindiket Rasuah Pengagihan Kuota Tiket Penerbangan Umrah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*