Struktur Pagar Premis Viral Akhirnya ‘Rebah’, Sah Tiada Permit

pagar premis tiada premit

Struktur binaan pagar di hadapan sebuah premis perniagaan di Johor yang tular baru-baru ini disahkan tiada permit, maklum Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

MBPG dalam satu kenyataan hari ini berkata, satu tindakan penguatkuasaan dilaksanakan iaitu membuka struktur binaan kekal (pagar) di kawasan kaki lima premis perniagaan tersebut yang difahamkan tidak memiliki permit atau kebenaran pihaknya.

“Pihak MBPG telah mengeluarkan dua kali notis lawatan sebelum tindakan penguatkuasaan tersebut diambil kepada pemilik premis yang terlibat.

“Hasil pemantauan dan pemeriksaan susulan yang diadakan mendapati bahawa pemilik premis tersebut masih gagal mematuhi notis lawatan yang telah dikeluarkan,” maklum kenyataan itu hari ini.

Difahamkan, satu tempoh sewajarnya sudah diberikan MBPG kepada pemilik premis berkenaan bagi membuka sendiri struktur tersebut namun malangnya, ia masih tidak lagi dilaksanakan.

“Oleh itu, tindakan penguatkuasaan dengan membuka struktur binaan (pagar) dan sitaan telah dilaksanakan selaras dengan prosedur kerja yang ditetapkan,” tambah kenyataan itu.

Sehubungan itu, MBPG menambah, para peniaga di bandar raya tersebut difahamkan akan sentiasa dibantu untuk menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing.

Namun ia juga turut memerlukan kerjasama daripada mereka supaya dapat mematuhi peraturan dan saluran yang ditetapkan MBPG.

Sebelum ini, tular di media sosial tentang sebuah premis perniagaan yang didakwa membina struktur pagar di kaki lima bahagian hadapan premis.

Sumber: Majlis Bandaraya Pasir Gudang via Facebook

BACA: Kanak-Kanak Ditemui ‘Kaku’ Dihimpit Pagar Rumah Semasa Main Sorok-sorok

The post Struktur Pagar Premis Viral Akhirnya ‘Rebah’, Sah Tiada Permit appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*