Mayat Guru Dipercayai Meninggal Lebih Seminggu Ditemukan Di Rumah Sewa

mayat guru rumah sewa

Mayat Guru Dipercayai Meninggal Lebih Seminggu Ditemukan Di Rumah Sewa

Mayat seorang guru wanita dipercayai meninggal dunia lebih dari seminggu ditemukan di rumah sewanya di Kampung Pengadang Baru di Kuala Terengganu pada Isnin, lapor Sinar Harian.

Abang mangsa, Shahadan, 57, berkata pemilik rumah sewa menemukan mayat wanita berusia 55 tahun itu kira-kira jam 5.40 petang semalam selepas gagal menghubungi mangsa.

“Tuan rumah ingin bertanya kepada arwah sama ada ingin menggunakan perkhidmatan sewa kereta untuk ke sekolah.

“Sebaik sampai di rumah, dia terbau busuk dari dalam rumah dan kemudian bertindak menghubungi pihak polis,” katanya ketika ditemui pemberita pada Selasa.

Difahamkan juga, sejak 13 tahun yang lalu mangsa telah menetap berseorangan di rumah tersebut.

Manakala, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia di rumah mereka  di kondominium Jalan Keliling dekat sini pada tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 12.49 tengah hari.

Sumber: Sinar Harian

The post Mayat Guru Dipercayai Meninggal Lebih Seminggu Ditemukan Di Rumah Sewa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*