Ismail Sabri Bangga Ada Tulisan Bahasa Melayu Pada Papan Tanda Di Korea Selatan

Ismail Sabri Bangga Ada Tulisan Bahasa Melayu Pada Papan Tanda Di Korea Selatan

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menyatakan rasa bangga apabila melihat perkembangan dari segi penggunaan bahasa Melayu di Korea Selatan baru-baru ini.

Katanya, beliau berbangga apabila membaca laporan berita mengenai sebuah papan tanda di Korea Selatan yang telah menyertakan bahasa Melayu, bersama-sama bahasa lain seperti Korea, Jepun, Inggeris, Indonesia dan lain-lain.

Beliau melihat perkara itu sebagai satu pencapaian yang besar apabila bahasa rasmi di Malaysia mula mendapat tempat dalam masyarakat global.

“Semestinya saya berbangga apabila Bahasa Melayu berkembang dan digunakan oleh negara asing iaitu Korea Selatan.”

Selain itu, beliau menzahirkan rasa lega apabila usahanya untuk meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa mula menunjukkan hasil.

“Impian dan cita-cita saya untuk mengantarabangsakan Bahasa Melayu nampaknya sudah mula membuahkan hasil.”

Di samping itu, beliau bersama-sama para pejuang bahasa Melayu akan terus komited dalam perjuangan untuk menjulang kedudukan bahasa Melayu, bukan hanya  terhad dalam lingkungan tempatan sahaja.

“Saya serta pejuang Bahasa Melayu akan terus memperjuangkan untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.”

Pada akhir ciapannya, Ismail Sabri yang turut mewakili rakyart Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Korea Selatan atas inisiatif ini dan beliau menganggap bahawa ini adalah sebuah pengiktirafan kerajaan Korea Selatan kepada Malaysia dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

Terdahulu, sebuah papan tanda di pusat pelancongan Korea Selatan mula meletakkan bahasa Melayu sejajar bersama-sama bahasa-bahasa global lain seperti bahasa Korea, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Jepun dan bahasa Indonesia.

BACA: Jadi Tumpuan Pelancong Malaysia, Kini Papan Tanda Di Korea Turut Guna Bahasa Melayu

Sumber: Ismail Sabri via Twitter

 

The post Ismail Sabri Bangga Ada Tulisan Bahasa Melayu Pada Papan Tanda Di Korea Selatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*