Sudah Tuai Hasil Pertama, Begini Rupanya Cara Bawang MARDI Ditanam

cara bawang mardi ditanam

Sudah Tuai Hasil Pertama, Begini Rupanya Cara Bawang MARDI Ditanam

Semalam, Projek Bawang Malaysia di bawah Kementerian Pertanian Malaysia berjaya mencatatkan sejarah apabila hasil pertama sebanyak 2.3 tan metrik berjaya dituai daripada ladang pertanian di Sungkai, Perak.

Seperti yang kita tahu, benih-benih bawang tempatan ini dihasilkan menerusi penyelidikan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

MARDI kemudiannya mengedarkan benih-benih tersebut secara skala besar kepada petani-petani yang dilantik dan terlibat dalam projek penanaman bawang segar tempatan ini.

Menurut Bernama, MARDI turut membangunkan prosedur operasi standard (SOP) penanaman bawang merah tempatan bagi membolehkan tanaman itu ditanam dua atau tiga musim setahun.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata SOP itu adalah hasil inovasi menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan institut tersebut.

SOP itu bertindak sebagai garis panduan kepada usahawan tani bagi memastikan pengeluaran bawang berdaya maju serta menjana keuntungan.

Namun begitu, memandangkan industri penanaman bawang skala besar di Malaysia adalah asing sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah tanaman tersebut diusahakan.

Bagi menjawab pertanyaan yang ada, MARDI pada bulan lepas telah menerbitkan satu video yang menunjukkan proses penanaman bawang merah tempatan ini daripada tapak semaian sehinggalah hasil boleh dituai.

Terdapat dua cara bawang merah MARDI ditanam

Menurut MARDI, terdapat dua kaedah yang diamalkan dalam aktiviti penanaman bawang. Menerusi kaedah pertama, bawang ditanam dengan menggunakan benih bebawang.

Dalam video berkenaan, kakitangan MARDI dilihat memotong 1/3 bahagian atas bawang atau pucuk bebawang. Tujuan bahagian atas dipotong adalah untuk membolehkan tunas tumbuh dengan lebih cepat. Bawang yang tidak dipotong akan melambatkan proses pertumbuhan.

Seterusnya, mereka menggaul bebawang tersebut bersama serbuk racun kulat di dalam bekas, kemudian benih ditanam sedalam 1/3 saiz bebawang.

Berdasarkan video berkenaan, kakitangan Mardi turut menggunakan plastik tutup tanah atau dikenali sebagai plastik silvershine yang dipotong bulat untuk menjaga jarak bawang.

Manakala untuk kaedah yang kedua pula, penanaman dibuat menggunakan biji benih bawang. Biji benih ini disemai dalam bekas tapak semaian khas.

Menerusi video berkenaan, setiap lubang dalam bekas tapak semaian itu diisi dengan satu atau dua biji benih. Tanah diratakan dan disiram sehingga basah.

Berapa lama anak benih mengambil masa untuk matang?

Menurut MARDI, anak benih akan mencapai umur matang antara 30-45 hari di nurseri. Namun apabila sudah matang, mereka akan melakukan pemindahan anak benih dan ditanam di kawasan tanah.

Video yang dikongsikan turut menunjukkan perkembangan anak benih yang disemai serta ditanam. Anda boleh tonton keseluruhan proses yang berjalan di bawah.

BACA: Kenali “Phantom Traffic Jam”, Punca Jalan Tiba-tiba Sesak Walau Tiada Apa Yang Berlaku

Sumber: MARDI via Facebook

The post Sudah Tuai Hasil Pertama, Begini Rupanya Cara Bawang MARDI Ditanam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*