Sungai Di England Dalam Bahaya, Ikan ‘Pontianak’ Membiak Subur & Jadi Parasit Bunuh Spesies Lain

ikan pontianak subur

Sungai Di England Dalam Bahaya, Ikan ‘Pontianak’ Membiak Subur & Jadi Parasit Bunuh Spesies Lain

Bilangan ikan lamprei dilapor berlaku peningkatan yang mendadak di beberapa sungai di England selepas musim pembiakan bermula pada bulan ini, lapor Daily Star.

Lonjakan bilangan ikan itu dilapor meningkat sekitar 40 peratus berbanding dengan 10 tahun yang lalu.

Sungai tersebut termasuk sungai Great Ouse, Usk, Wye, Trent, Great Stour, Derwent, Severn dan Wear yang terletak di bandar United Kingdom.

Kini dipercayai kira-kira 20,000 lamprei laut yang boleh membesar sehingga lebih tiga kaki panjang akan melakukan pembiakan di sungai pada bulan Mei ini.

Difahamkan ikan lamprei yang dikenali ‘ikan pontianak’, membunuh ikan lain dengan cara menghisap darah selepas melekatkan mangsa pada giginya.

Ikan lamprei, parasit untuk spesies lain

Difahamkan juga, ikan itu pernah diisytiharkan pupus pada abad ke-19, walau bagaimanapun ia ditemui semula pada tahun 2015 di England.

Lamprei adalah spesies minoriti yang tergolong dalam keluarga Petromyzontidae, yang tidak dianggap sebagai ikan tulen kerana morfologinya berbeza.

Bukan itu sahaja, kitaran hidup dan fisiologi ikan itu juga agak luar biasa di mana ia boleh berpindah dari habitat air tawar ke perairan masin serta bersifat parasit untuk ikan lain.

Untuk rekod, terdapat sekitar 120,000 lamprei sungai, dan kira-kira 200,000 jenis lamprei Brook yang ditemui dan dikatakan hidup sebelum penemuan dinosaur.

Ikan tersebut juga diketahui pernah melakukan serangan ke atas manusia.

Lamprei serang manusia

Pada tahun 2007, lamprei laut menyerang perenang di Lake Champlain di Amerika Utara dan laporan mengatakan sebanyak tujuh jenis ikan itu melakukan serangan tersebut.

Kredit: Jarco Havermans/Pen News

Mangsa, Christopher Swain, seorang perenang liar yang berpengalaman memberitahu bagaimana dia boleh diserang oleh lamprei semasa berenang di tempat itu.

Dia berkata serangan berlaku apabila makhluk itu melekat pada tubuh badannya.

“Saya hanya menepis apa yang melekat pada tubuh supaya ia jatuh dan kemudian tersentuh satu benda hidup.

“Ia lebih tebal daripada pergelangan tangan dan saya merasa agak panik semasa kejadian.

“Apabila saya melihatnya menggunakan gogal, haiwan tersebut seakan-akan mirip ular,” jelasnya.

Tambahnya, dia cuba untuk memegang ikan tersebut namun ia sangat licin untuk ditangkap menggunakan tangan.

“Saya cuba untuk menariknya tetapi permukaan ikan itu licin, rupanya ia adalah lamprei.

“Dalam masa yang sama saya juga cuba untuk melepaskannya dari tangan namun ikan itu tidak berganjak, ia tidak mahu dilepaskan,” ujarnya.

Sumber: Daily Star, Greeners

BACA: Ini Sebab Kenapa Pesawat Russian Knights Paling Dinantikan Di LIMA ’23

The post Sungai Di England Dalam Bahaya, Ikan ‘Pontianak’ Membiak Subur & Jadi Parasit Bunuh Spesies Lain appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*