fbpx

Suspek Lawan Arus Di Lebuhraya SUKE Akhirnya Serah Diri

suspek lawan arus SUKE

Suspek Lawan Arus Di Lebuhraya SUKE Akhirnya Serah Diri

Suspek yang disyaki menunggang motosikal melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan maut di jejambat Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akhirnya menyerah diri di Balai Trafik Kajang, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun itu tinggal di Kajang.

“Siasatan mendapati suspek dalam perjalanan dari Ampang untuk pulang ke rumah di Kajang tapi telah tersesat dan buat keputusan untuk memasuki jejambat Lebuhraya SUKE dengan melawan arus sehingga kemalangan berlaku.

“Akibat pergeseran dengan motosikal mangsa, suspek juga terjatuh dari motosikalnya dan selepas kemalangan terbabit suspek terus pulang ke rumah.

“Suspek hanya mengetahui kes berlaku setelah menonton berita di televisyen dan hebahan di media sosial,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Suspek yang merupakan seorang peniaga makanan juga dilaporkan sempat membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut.

Tambahnya lagi, suspek didapati mengalami kecederaan patah di bahagian bahu kanan, patah jari kelingking, luka di bahu kiri dan kaki kanan akibat daripada kemalangan tersebut.

“Sehubungan itu, pihak polis merampas motosikal jenis Yamaha dan beberapa barang kes lain.

“Sebanyak enam rakaman percakapan saksi termasuk suspek telah direkodkan dan kedua buah motosikal terlibat akan dihantar ke Puspakom dan Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa tangkapan tidak dibuat kerana suspek berada dalam keadaan cedera parah dan sukar bergerak.

Prosedur lanjut dilaporkan akan diambil selepas keadaan suspek kembali stabil.

Sumber: Astro Awani

The post Suspek Lawan Arus Di Lebuhraya SUKE Akhirnya Serah Diri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*