Wanita Tertelan Skru Ketika Buat Rawatan Gigi, Lapan Bulan Tersangkut Dalam Paru-Paru

Wanita Tertelan Skru

Wanita Tertelan Skru Ketika Buat Rawatan Gigi, Lapan Bulan Tersangkut Dalam Paru-Paru

Doktor terkejut apabila menemui skru pada paru-paru pesakit selepas dia dilaporkan menelannya ketika menjalani satu prosedur pergigian, lapor New York Post.

Wanita yang berusia 70 tahun itu mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena selepas mengalami beberapa jangkitan pernafasan tanpa mempunyai sebab yang jelas, lapor Jam Press.

Dia kemudiannya mengunjungi Hospital Vithas Vigo di Pontevedra, Sepanyol untuk melakukan pemeriksaan.

Keputusan imbasan X-ray mendedahkan punca ketidakselesaannya di mana terdapat skru logam bersaiz 9 milimeter (mm) tersangkut di dalam paru-parunya.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Gambar: Jam Press Vid

Rakaman yang diambil melalui bronkoskop iaitu tiub fleksibel dengan kamera menunjukkan terdapat komponen yang tersekat di dalam saluran pernafasannya.

Wanita tertelan skru

Menurut kajian kes, wanita yang tidak didedahkan namanya itu seolah-olah telah terhidu bau logam ketika menjalani beberapa siri rawatan pergigian yang bermula sejak hampir setahun lalu.

Pada mulanya, wanita Sepanyol tersebut telah dilengkapi dengan dua implan tulang pengganti, diikuti dengan healing caps.

Manakala implan yang terakhir pula diletakkan dua bulan kemudian, lapor New York Post.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan mendakwa bahawa dia tidak pernah menelan apa-apa skru.

Namun, skru tersebut dilaporkan telah terperangkap dalam sistem pernafasannya selama sekurang-kurangnya lapan bulan.

Skru berjaya dikeluarkan

Susulan itu, doktor berjaya mengeluarkan bendasing dari badannya hanya dalam beberapa jam dengan menggunakan forsep.

Gambar: Jam Press Vid

Wanita tersebut kemudiannya dibenarkan keluar dan pulih dengan baik, menurut Jam Press.

Menurut laporan New York Post, kes seperti memasukkan objek ke dalam paru-paru seseorang ini bukanlah kali pertama berlaku.

Pada bulan September lalu, seorang individu dilaporkan kehilangan subang hidungnya dan mendapati bahawa subang tersebut berada di dalam paru-parunya selama lima tahun.

Pada November lalu, Siakap Keli melaporkan seorang wanita berusia 48 tahun meninggal dunia selepas tertelan dan tercekik gigi palsu ketika tidur

Menurut laporan, gigi palsu berkenaan terlekat pada bahagian tekaknya hingga menyebabkan mangsa sukar bernafas.

Ia dipercayai menjadi punca kejadian maut tersebut.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan diberikan bantuan pernafasan namun tidak berjaya.

Wanita itu disahkan meninggal dunia dengan saluran pernafasan tersumbat dinyatakan sebagai punca kematian.

Sumber: New York Post

The post Wanita Tertelan Skru Ketika Buat Rawatan Gigi, Lapan Bulan Tersangkut Dalam Paru-Paru appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*