FIFA Umum Senarai Finalis Untuk Anugerah Pemain Terbaik 2022

FIFA Umum Senarai Finalis Untuk Anugerah Pemain Terbaik 2022

FIFA Umum Senarai Finalis Untuk Anugerah Pemain Terbaik 2022

ISTANBUL, 11 Feb (Bernama) — Badan induk bola sepak pada Jumaat telah mendedahkan senarai finalis Anugerah Pemain Terbaik FIFA 2022, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kapten Real Madrid, Karim Benzema dan bintang sensasi Paris Saint Germain, Lionel Messi dan Kylian Mbappe disahkan sebagai calon untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik 2022.

Senarai pemain wanita pula termasuk Beth Mead dari Arsenal, Alexia Putellas dari Barcelona dan Alex Morgan dari San Diego Wave.

Penyerang Tottenham dari Brazil, Richarlison, Dimitri Payet dari Olympique Marseille dan pemain yang telah menjalani amputasi Marcin Oleksy dari pasukan Poland, Warta Poznan diplih sebagai finalis untuk Anugerah Puskas.

Pemenang akan dinobatkan pada majlis khas yang akan diadakan pada 27 Feb di Paris.

BACA: FIFA Pun Puji, Aksi Ultras Malaysia Chant “Sawadikap..Sawadikap” Untuk Pemain Thailand Jadi Viral

Sumber: Bernama

The post FIFA Umum Senarai Finalis Untuk Anugerah Pemain Terbaik 2022 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*