Tahan Hingga 6 Bulan, Ini Tip Simpan Bunga Kantan

Tip simpan bunga kantan

Tahan Hingga 6 Bulan, Ini Tip Simpan Bunga Kantan

Sebut sahaja bunga kantan, para ibu tentunya sudah arif dengan bunga ini kerana merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam masakan.

Antara masakan yang berasaskan bunga kantan termasuklah gulai tempoyak, asam pedas, kerabu, kuah laksa dan banyak lagi.

Pernah terfikir kenapa bunga ini antara bahan yang digunakan dalam masakan? Ini kerana bunga kantan mengeluarkan aroma yang memecahkan selera makan sama seperti daun limau perut dan daun kari yang dilemparkan dalam masakan.

Tanpa bunga ini, rasa hidangan tersebut seolah-olah rasa tidak lengkap.

Walau bagaimanapun, bunga kantan segar amat sukar ditemui di pasar raya besar. Kebanyakan bunga ini hanya ditemui di dalam parit dan kolam-kolam yang menjadi habitat semula jadinya.

Disebabkan kesukaran memperolehi bunga ini, ramai memilih membeli dan menyimpan untuk kegunaan masa hadapan.

Pun begitu, kaedah penyimpanan yang tidak betul menyebabkan bunga kantan tidak dapat mengekalkan kesegarannya dalam tempoh yang lama dan bertukar ‘buruk’.

Jadi, tentunya ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk menyimpan bunga ini dalam tempoh yang sangat lama dan kekal segar serta boleh digunakan semula ketika memasak sewaktu ia dikeluarkan.

Tanpa membuang masa, mari kita ikuti perkongsian Dunia Hanya Sementara Fy di Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN) di bawah. Semoga bermanfaat.

Tip simpan bunga kantan 

Tip simpan bunga kantan
Gambar: Dunia Hanya Sementara Fy

Sekadar kongsi untuk penyimpanan bunga kantan. Cara ni, bunga kantan tetap dalam keadaan baik, cantik dan tidak birat hitam. Ini hasilnya selepas enam bulan simpan dalam freezer. 

BACA: Kisah Kanako: Hilang Telefon, Temui Islam 

Gambar: Dunia Hanya Sementara Fy

Bila masak, aromanya tetap sama. Alhamdulillah. 

Cara saya

1. Basuh terlebih dahulu bunga kantan.

2. Potong bunga kantan ikut suka kita.

Tip simpan bunga kantan
Gambar: Dunia Hanya Sementara Fy

3. Letak dalam plastik atau bekas yang bersesuaian bunga kantan tersebut. 

4. Letak air masak dalam bunga kantan tersebut. 

5. Kemudian bolehlah simpan bunga kantan dalam freezer. 

Tip simpan bunga kantan
Gambar: Dunia Hanya Sementara Fy

Saya letak untuk sekali masak bagi memudahkan kerja. Boleh digunakan ketika beku atau dicairkan terlebih dahulu. 

Sumber: Dunia hanya sementara fy via Masak Apa Hari Ini (MAHN)

The post Tahan Hingga 6 Bulan, Ini Tip Simpan Bunga Kantan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*