Tak Dapat Tahan Sebak, Agong & Permaisuri Terharu Terima Sambutan Meriah Di Tawau

Agong permaisuri sambutan tawau

Tak Dapat Tahan Sebak, Agong & Permaisuri Terharu Terima Sambutan Meriah Di Tawau

TAWAU — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa terharu dengan sambutan yang diberikan rakyat sewaktu ketibaan Baginda berdua di Tawau, Sabah.

Difahamkan, Baginda bersama Permaisuri berkunjung ke negeri Di Bawah Bayu itu bagi program Kembara Kenali Borneo sejak petang semalam.

Menerusi hantaran video di akaun rasmi Instagram Istana Negara, memaparkan keterujaan orang awam untuk bertemu dengan Baginda berdua.

Dalam video tersebut, Tunku Azizah tidak dapat menahan sebak sewaktu menelusuri jalan raya lebih-lebih lagi apabila rakyat tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan baginda berdua meskipun terpaksa berhimpit.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

Sementara itu, dalam satu kenyataan di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah berangkat memulakan perjalanan Kembara Kenali Borneo di Bulatan OKM Padang Perbandaran Tawau, Sabah, hari ini.

Gambar: Istana Negara

“Seri Paduka Baginda yang memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda, mengetuai konvoi kembara 25 kenderaan dengan acara pelepasan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada jam 8.30 pagi.

“Turut berangkat mengikuti program kembara sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo ialah paduka anakanda, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua serta rombongan menarik minat masyarakat setempat keluar beramai-ramai menunggu dan ingin melihat lebih dekat serta merakamkan detik bersejarah bersama Seri Paduka Baginda dan rombongan,” maklum kenyataan tersebut.

BACA JUGA: ‘Birthday Girl’ Sarjan Husna Puas, Bangga Jayakan Lompatan Di Hadapan Agong, Permaisuri

Sebelum itu, bacaan doa memohon keselamatan dan kesejahteraan Seri Paduka Baginda berdua serta peserta konvoi disempurnakan oleh Mufti Kerajaan Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Agong permaisuri terharu sabah
Gambar: Istana Negara

Untuk makluman, Kembara Kenali Borneo berlangsung hari ini hingga 13 September ini dan berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Kembara ini dapat memberikan peluang keemasan bagi rakyat di kedua-dua negeri untuk beramah mesra dengan pasangan diraja dan delegasi.

Sumber: Instagram & Facebook Istana Negara

The post Tak Dapat Tahan Sebak, Agong & Permaisuri Terharu Terima Sambutan Meriah Di Tawau appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*