Tak Jemu Belajar, Lelaki Ini Miliki 42 Ijazah Dalam Masa 15 Tahun

lelaki 42 ijazah

Tak Jemu Belajar, Lelaki Ini Berjaya Peroleh 42 Ijazah Dalam Masa 15 Tahun

Kerana tertarik untuk mempelajari ilmu-ilmu baharu sejak kecil, Welin Kusuma berjaya memiliki 40 gelaran selepas memperoleh 42 ijazah akademik dan bukan akademik, lapor Kendiri Info.

Kepintarannya telah menyebabkan beliau mendapat gelaran S.T, S.E, S.Sos, S.H, S.Kom, S.S, S.Ap, S.Stat, S.Akt, S.I.Kom, S.I.P, M.T, M.S.M, M.Kn, RFP-I, CPBD, CPPM, CFP, Aff.WM, BKP, QWP, CPHR, ICPM, AEPP, CBA, CMA, CPMA, CIBA, CBV, CERA, CSA, ACPA, memetik CNBC Indonesia.

Sebelum ini, pada pertengahan 2012, Muzium Rekod Indonesia (MURI) telah menamakan lelaki berusia 42 tahun itu sebagai pemenang gelaran akademik pelbagai.

Ketika beliau dinobatkan bagi anugerah itu, lelaki tersebut peroleh 32 gelaran dalam masa 15 tahun dan kini bilangannya semakin meningkat kepada 42.

Minat Welin dalam mempelajari ilmu baharu telah dipupuk sejak kecil, malah sejak sekolah menengah beliau mengambil pelbagai kursus seperti kursus komputer, perakaunan dan bahasa Inggeris.

“Kali pertama saya ingin ke kolej kerana saya suka belajar dari kecil, bermula sekolah menengah saya juga mengambil pelbagai kursus yang saya tidak belajar di sekolah.

“Ketika itu, saya mengambil komputer, bahasa Inggeris, perakaunan dan kursus 10 jari,” ujarnya kepada CNBC Indonesia.

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

Pernah ambil 111 jam kredit dalam satu semester

Anak kelahiran Makassar Indonesia itu juga berjaya meraih satu lagi rekod MURI iaitu pemegang Sistem Kredit Semester Terbanyak (SKS) dengan jumlah 111 kredit pada 2003.

Beliau berjaya memecahkan rekod sendiri sebagai pelajar dengan kredit terbanyak iaitu 111 kredit kerana kebiasaannya pelajar memerlukan empat atau lima semester untuk menghabiskan jam kredit tersebut.

Pada ketika itu, Welin mengambil lima jurusan sarjana muda iaitu Kejuruteraan Industri di Universiti Surabaya yang memerlukan sembilan subjek, 24 kredit.

Selain itu, Ekonomi Pengurusan di STIE Urip Sumoharjo, empat subjek dan 11 kredit. Manakala jurusan lain ialah FISIP Business Administration di Open University, 10 subjek dan 28 kredit.

Jurusan seterusnya ialah Undang-undang di Universiti Airlangga yang memerlukan tujuh subjek dan 25 kredit. Akhir sekali, kejuruteraan Informatik di Kolej Kejuruteraan Surabaya, sembilan subjek dan 23 kredit.

Welin berkata beliau perlu menjalani sesi kuliah selama 15 jam sehari iaitu dari pukul 7 pagi hingga 10 malam dan turut menjalani sesi itu pada hujung minggu.

Walaupun menghadapi beberapa rintangan, namun Welin tidak pernah berputus asa dan memperoleh gred yang memuaskan dalam masa dia mengambil 111 kredit itu.

Sementara itu, Welin juga mempunyai halaman Wikipedia sendiri, yang mempunyai latar belakangnya.

Mahu tambah gelaran lagi

Kredit: Istimewa via Kendiri Info

Meskipun Welin kini sudah mempunyai 40 ijazah akademik, beliau berkata dia tidak pernah terfikir untuk berhenti belajar.

Kini beliau dilaporkan telah melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah yang ke 41 dengan mengambil jurusan Sains Perpustakaan di Universiti Terbuka (UT) Surabaya.

“Tiada sasaran untuk mendapat ijazah lagi selepas tamat program pengajian. Jika ada bidang yang menarik dan mempunyai masa, akan tetap belajar secara konsisten,” katanya.

Sumber: Kendiri Info

BACA: Miliki Ijazah, Wanita Nekad Berhenti Kerja Di Konsul British Semata-mata Nak Jual ‘Chai’ Di Tepi Jalan

The post Tak Jemu Belajar, Lelaki Ini Miliki 42 Ijazah Dalam Masa 15 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*