Lagi Bantuan Untuk Turkiye: Ahli Perniagaan Pakistan Di AS Derma US$30 Juta Untuk Mangsa Gempa

derma mangsa gempa

Lagi Bantuan Untuk Turkiye: Ahli Perniagaan Pakistan Di AS Derma US$30 Juta Untuk Mangsa Gempa

NEW DELHI, 12 Feb (Bernama) — Seorang ahli perniagaan Pakistan di Amerika Syarikat yang tidak dikenali menderma US$30 juta bagi membantu mangsa gempa bumi Turkiye.

Sumbangannya yang luar biasa terus diperkatakan secara meluas.

“Seorang ahli perniagaan Pakistan tiba di kedutaan Turkiye di Amerika Syarikat dan menderma US$30 juta.

“Kami tidak tahu siapakah dia. Identitinya belum didedahkan,” kata seorang penyampai berita di saluran televisyen Turkiye TRT.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif berkata beliau “sangat terharu” dengan kemurahan hati lelaki itu.

“Ini adalah tindakan dermawan yang mulia,” menurut ciapannya di Twitter pada Sabtu.

Sementara itu, Majlis Pertubuhan Islam AS (USCMO), sebuah kumpulan institusi Islam memaklumkan  pada Sabtu bahawa pihaknya menawarkan bantuan bernilai kira-kira US$100 juta untuk mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Untuk pengetahuan, Malaysia dilaporkan telah menghantar seramai 142 anggota penyelamat serta dua ekor anjing pengesan (K9) dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye, lapor Bernama hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye: Istana Gaziantep Berusia 2,200 Tahun Runtuh

Maklum kenyataan itu, antara pasukan yang terlibat dalam misi tersebut termasuklah Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Selain Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Anjing K9 milik JBPM.

“Hasil kerjasama rapat antara semua agensi kerajaan dengan perwakilan Malaysia di Ankara dan Istanbul, pasukan Malaysia yang diketuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menjadi antara SAR terawal tiba di lokasi kejadian iaitu di Gaziantep.

“Pasukan penyelamat Malaysia juga merupakan pasukan SAR pertama dari negara ASEAN yang tiba di lokasi kejadian,” maklum kenyataan itu.

Sehingga petang tadi, jumlah kematian yang telah disahkan meningkat kepada 28,000 orang.

Terdahulu, satu gempa bumi kuat dilaporkan berlaku di Gaziantep, Turkiye pada Isnin awal pagi waktu tempatan, lapor AFP.

Gegeran sekuat 7.8 magnitud itu telah menyebabkkan ribuan kematian dan meranapkan banyak bangunan.

Gegaran tersebut sebut dapat dirasai sehingga di beberapa kawasan seperti Syria, Kepulauan Cyprus dan Mesir jauhnya.

Sumber: Bernama 

The post Lagi Bantuan Untuk Turkiye: Ahli Perniagaan Pakistan Di AS Derma US$30 Juta Untuk Mangsa Gempa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*