Tak Nak Daftar PADU? Jaga-jaga, Dua Risiko Ini Menanti

tak daftar PADU

Tak Nak Daftar PADU? Jaga-jaga, Dua Risiko Ini Menanti

Semalam, rakyat di negara ini diuar-uarkan dengan pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU), sistem yang diciptakan untuk menyelaraskan pendekatan transformasi digital negara dengan jaminan setiap kemudahan kerajaan akan dinikmati penerima yang berhak.

Sekiranya anda menjengah di ruangan media sosial seperti platform X, rata-rata pengguna mula berkongsi tentang kejayaan mereka dalam mendaftar PADU.

Bagi mereka yang masih belum mengetahui, sistem PADU yang dilancarkan pada hari ini adalah untuk mengelakkan berlakunya ketirisan dalam penyaluran bantuan dan subsidi kerajaan.

Jadi, bagi memastikan rakyat mendapat bantuan dan subsidi yang disediakan kerajaan mereka hendaklah mendaftar pada PADU dan dari situ data akan dilihat sama ada layak atau tidak layak.

Kemungkinan ramai yang akan menimbulkan persoalan tentang tidak mahu mendaftar dalam sistem PADU oleh kerana pelbagai kekangan sebagai contoh tidak mempunyai masa atau tiada sambungan data Internet.

BACA: Fahami Perbezaan PADU Dan IDN (Program ID Digital Nasional)

Boleh ke kalau saya memilih untuk tak daftar?

Setiap pengguna mempunyai pilihan masing-masing dalam kehidupan dan bagi menjawab soalan tersebut, mereka boleh memilih untuk tidak mendaftar dalam PADU tetapi terdapat akibat yang perlu ditanggung.

Menerusi laman web PADU, jika anda memilih untuk tidak mendaftar, tindakan tersebut boleh menyebabkan anda berisiko tidak menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.

Pendaftaran PADU dibuat adalah untuk melihat sama ada individu tersebut layak untuk menerima atau tidak dan sekiranya anda layak tetapi tidak berdaftar ia adalah satu kerugian.

Hal ini kerana, anda tidak akan dapat menikmati bantuan dan subsidi yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Tidak susah pun untuk mendaftar, ia memerlukan sedikit masa dan hanya tiga langkah sahaja yang diperlukan untuk daftar dalam PADU.

Jadi, dokumen apa yang diperlukan semasa pendaftaran?

Untuk melakukan sesi pendaftaran, anda hanya memerlukan kad pengenalan dan maklumat lain termasuk maklumat pekerjaan, akaun bank dan sebagainya.

Apabila sudah mendaftar, kerajaan memerlukan tempoh kira-kira tiga bulan untuk memproses data bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan jenis bantuan Kerajaan.

Walaupun anda berfikir yang anda tidak memerlukan bantuan kerajaan namun sebaiknya digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di portal rasmi PADU, iaitu www.padu.gov.my atau dibuat di Pejabat Operasi Negeri DOSM (https://www.dosm.gov.my/portal-main/directory/) dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang berdekatan.

Jangan lupa daftar ya!

Sumber: PADU

The post Tak Nak Daftar PADU? Jaga-jaga, Dua Risiko Ini Menanti appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*