Hati-hati Kalau Terjumpa Di Pantai, Ini Bahaya Obor-obor Api

Hati-hati Kalau Terjumpa Di Pantai, Ini Bahaya Obor-obor Api

Apabila anda berada di pantai, anda mungkin sering melihat lubang-lubang kecil di pasir pantai, kan? Kebiasaanya, itulah rumah kepada ketam-ketam di situ.

Selain daripada ketam, terdapat juga haiwan-haiwan lain yang mungkin berada di situ. Tidak hairanlah sekiranya kawasan itu ada haiwan lain seperti biawak, buaya ataupun obor-obor.

Sebab itulah anda perlu berhati-hati semasa berada di pantai. Ini kerana, kecuaian anda mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri anda.

Jika anda tidak berwaspada ketika berjalan-jalan di pantai, anda mungkin akan terpijak Obor-obor Api atau juga dikenali sebagai Man O’war.

Terdapat sebuah video yang dikongsikan di platform TikTok di mana seorang individu telah menjumpai obor-obor itu di persisiran pantai. Individu itu meletakkan obor-obor tersebut ke dalam botol air minuman dan menanamnya.

Difahamkan, obor-obor itu telah ditemui di sekitar kawasan Pantai Teluk Ketapang, Terengganu. Jadi, anda yang mahu berkunjung ke sana harus memastikan keselamatan anda dan juga anak-anak anda.

Kalau nak tahu, menurut laman web National Geographic, Obor-obor Api mempunyai nematocyst yang mengandungi racun. Racun inilah yang digunakan untuk melumpuhkan dan membunuh ikan atau makhluk kecil yang lain.

Kesan Sengatan Terhadap Manusia

Apa pula yang akan terjadi sekiranya seseorang itu disengat oleh obor-obor ini? Kesan obor-obor ini terhadap manusia adalah, ia akan memberikan rasa sakit yang teramat serta meninggalkan kesan bilur padan kulit anda. Sebab itulah anda perlu berhati-hati ketika berada di pantai.

Sengatan obor-obor ini amat menyakitkan tetapi ia jarang membawa maut kepada manusia. Namun, ia tidak bermaksud anda boleh memegangnya sesuka hati. Seperti yang dinyatakan, obor-obor ini masih boleh memberikan rasa sakit yang tidak terhingga untuk manusia.

Selain itu, sekiranya anda terjumpa obor-obor ini yang sudah mati, anda tidak boleh menyentuhnya. Ini kerana, racun yang terdapat pada nematocyst obor-obor ini masih boleh menyengat anda. Sebaliknya, anda boleh menggunakan sesuatu untuk mengalihkannya ataupun menanamnya.

Jadi, berhati-hatilah ketika anda sedang bersuka ria di pantai. Awasi anak-anak anda supaya mereka tidak terpegang haiwan ini.

@ganuonthego

Tengok pon dah seram inikan pulak kalau terkena dengan dia . #Hello2024 #fyp #foryou #photography #xyzbca #foryoumalaysia #mi5imalaysia #monsoonseason #infobanjir #ganuonthego #portuguesemanowar #terengganu #terengganudaruliman

♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin

Sumber: ganuonthego via TikTok / National Geographic

BACA JUGA: Guna IUD Untuk Rancang Keluarga? Awas, Ini 7 Simptom Ia Perlu Dibuang!

The post Hati-hati Kalau Terjumpa Di Pantai, Ini Bahaya Obor-obor Api appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*