Tak Perlu Beli, Lelaki Kongsi Tip Tanam Cendawan Tiram Kat Rumah

tip tanam cendawan

Tak Perlu Beli, Lelaki Kongsi Tip Tanam Cendawan Tiram Kat Rumah

Tentu antara kita suka dengan cendawan goreng tepung bukan? Teksturnya yang rangup kerana telah digoreng panas menjadikan ia salah satu makanan popular.

Kebiasaannya, kita melihat kebanyakan cendawan tumbuh meliar di pokok-pokok mati. Namun, pernahkah anda terfikir cara untuk menanam cendawan. Salah satunya termasuklah Cendawan Tiram.

Lebih menarik, cendawan ini sangat mudah ditanam dan pemilik tanaman boleh memilih untuk menghasilkan pengeluaran mahupun tidak. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Tariq Syahman di bawah ini.

Lelaki Kongsi Kaedah Pengeluaran Cendawan Tiram

Gambar: Tariq Syahman

Patutnya saya tuai cendawan tiram putih ni malam tadi tapi saya terlupa. Pagi tadi tengok-tengok dah kedut-kedut dah keliling kelopak dia tu. Terus saya tuai cepat-cepat.

Cendawan ni kalau terlambat tuai memang dia akan kedut dan ada warna kuning sikit kat batang dia. Kalau kita tuai pada masa yang tepat, kita akan dapat cendawan yang besar, gebu dan putih melepak. Tapi kalau terlambat tuai sikit macam ni, ok saja. Rasa dia tetap sama. Cuma dari segi kosmetik tu je la kurang sikit.

Gambar: Tariq Syahman

BACA: Kenali Pencipta Trofi Piala Asia AFC 

Sebelum ni saya pernah cerita, kalau kawan-kawan ada balkoni atau ruang redup kat rumah yang tak sesuai untuk tanam pokok, lebih baik bela cendawan kat situ.

Penjagaan dia pun mudah. Beli saja bongkah cendawan yang dah matang. Lepas tu sediakan tempat yang sesuai. Cendawan sebenarnya tak perlu tempat yang gelap gelita. Dia cuma perlu tempat yang redup dan ada aliran udara yang bagus.

Gambar: Tariq Syahman

Kalau tempat tu panas, kena lah rajin sikit lembabkan kawasan dia. Tapi kalau tempat tu tak panas sangat, letakkan tuala yang lembab kat bongkah tu pun dah cukup.

Satu lagi benda best pasal bela cendawan ni yang mungkin ramai tak tahu. Kita boleh ON atau OFF pengeluaran cendawan tu. Kalau nak OFF, ita cuma perlu tutup je mulut bongkah cendawan tu rapat-rapat. Kalau nak ON, kita cuma perlu buka balik.

tip tanam cendawan
Gambar: Tariq Syahman

Bila mulut dia tertutup, dia tak akan keluarkan cendawan tu. Bila kita dah buka nanti, baru lah dia keluar semula.

Sebelum saya bercuti panjang haritu, saya tutup semua bongkah tu walaupun ada yang tunjuk tanda nak ‘berbuah’. Lepas hampir 3 minggu ditutup, saya buka semula. Itu yang meriah je keluar semua tu. 

Banyak jugak yang saya tuai hari ni. Masih ada lagi yang belum cukup besar. Mungkin esok atau lusa baru boleh tuai lagi.

tip tanam cendawan
Gambar: Tariq Syahman

*Saya Tariq. Salam kenal. Hobi saya berkebun di sekeliling rumah. Saya tanam pokok-pokok untuk kegunaan sendiri di atas tanah, di dalam pasu dan secara hidroponik. Cendawan pun ada. Kalau suka dengan content macam ni, boleh lah follow saya.

Sumber: Facebook Tariq Syahman 

The post Tak Perlu Beli, Lelaki Kongsi Tip Tanam Cendawan Tiram Kat Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*