Tak Perlu “Hiking” Dah, China Pasang Eskalator Mudahkan Pengunjung Naik Ke Puncak Gunung

China pasang eskalator gunung

Tak Perlu “Hiking” Dah, China Pasang Eskalator Mudahkan Pengunjung Naik Ke Puncak Gunung

Sebuah video yang memaparkan video sistem eskalator gergasi di Gunung Tanyu telah menjadi tular di media sosial China.

Eskalator yang dikenali sebagai Tangga Langit Selatan sepanjang 104 meter itu dilaporkan telah dipasang kira-kira tiga tahun lalu.

Pemasangan eskalator gergasi itu telah dilakukan oleh pengendali pelancongan di Wilayah Zhejiang, China bagi membantu pelancong yang ingin merasai pengalaman menarik.

Jika dahulu pemandangan indah itu hanya boleh diakses dengan cara mendaki trek laluan yang cerun dan berbahaya, tetapi kini ia tidak lagi.

Kredit Oddity Central

Sebagai contoh, Gunung Tanyu di daerah Chun’an, Zhejiang mempunyai ketinggian hanya 350 meter.

Tetapi disebabkan kesukaran untuk mendaki, ia telah menyebabkan pergunungan itu tidak dapat diakses oleh orang tua mahupun yang mempunyai masalah kesihatan.

Namun begitu, dengan kemudahan terbaru ini, semua orang kini boleh sampai ke puncak Tanyu untuk menikmati pemandangan tanpa sebarang masalah.

Bertujuan atasi kesesakan ketika mendaki

Dalam pada itu, menurut pekerja pemasangan eskalator gergasi itu, eskalator tersebut pada awalnya dibina untuk menyelesaikan masalah kesesakan orang ramai ketika mendaki gunung.

“Tujuan asal kami membina lif ini adalah untuk menyelesaikan masalah kesesakan ketika mendaki gunung,” kata pekerja itu.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Tambahnya, pada awalnya kereta kabel telah dirancang untuk dibina. Namun disebabkan ia berisiko tinggi, akhirnya eskalator telah dipilih untuk dibina.

“Pada mulanya, kami merancang untuk membina laluan kabel. Namun memandangkan keupayaan pengangkutan laluan kabel terhad dan berisiko tinggi, kami akhirnya memilih untuk memasang eskalator. Eskalator secara relatifnya lebih selamat dan mempunyai keupayaan membawa lebih ramai orang,” jelas pekerja itu.

Walaupun eskalator gunung bertujuan untuk meningkatkan kebolehcapaian, ada pihak yang menganggap ia sebagai gangguan.

Selain itu, peminat aktiviti mendaki juga berpendapat bahawa pemasangan sedemikian akan mengurangkan kenikmatan semasa mendaki gunung.

Sumber: Oddity Central

The post Tak Perlu “Hiking” Dah, China Pasang Eskalator Mudahkan Pengunjung Naik Ke Puncak Gunung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*