Ahli Parlimen Jeli Dari BERSATU Tampil Nyatakan Sokongan Terhadap Kepimpinan PM Anwar

Ahli Parlimen Jeli Turut Tampil, Nyatakan Sokongan Terhadap Kepimpinan Anwar

Ahli Parlimen Jeli Dari BERSATU Tampil Nyatakan Sokongan Terhadap Kepimpinan PM Anwar

Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik hari ini tampil menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tersebut berkata bahawa sokongan tersebut berkuat kuasa hari ini.

Beliau bertindak sedemikian selepas meneliti, memperhalusi dan mempertimbangkan berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

Jelasnya, selain pembangunan mesti diteruskan di kawasan Parlimennya, usaha untuk membendung isu kos sara hidup dan keperluan asas yang menghimpit rakyat yang perlu dipertingkatkan.

“Saya sedar rakyat mesti diutamakan dan pembangunan mesti diteruskan tanpa sebarang kompromi. Dalam alaf yang serba mencabar ini, selaku Ahli Parlimen saya harus memberi khidmat yang terbaik buat rakyat dalam Parlimen Jeli.

“Namun demikian, saya akan taat, setia dan kekal sebagai ahli Bersatu,” jelasnya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Zahari berkata, beliau telah bersiap sedia untuk menerima risiko berupa tindakan disiplin parti susulan keputusan yang diambilnya.

Sungguhpun begitu, beliau menegaskan bahawa para pengundi dan rakyat dalam Parlimen Jeli tidak boleh terus menjadi mangsa keadaan dan ketinggalan daripada menerima semua bentuk pembangunan dan bantuan daripada Kerajaan Pusat.

“Maka dengan ini saya juga mengisytiharkan untuk menyokong sebarang dasar-dasar dan inisiatif yang kerajaan lakukan di dalam memulihkan ekonomi negara serta meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat. Sokongan saya ini berterusan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) yang seterusnya,” jelasnya lagi.

Tambahnya, pengisytiharan sokongan kepada Perdana Menteri dibuat tanpa sebarang paksaan, pengaruh serta tekanan dari mana-mana pihak.

Sebaliknya, Ahli Parlimen tersebut memaklumkan bahawa tindakan itu dibuat atas kerelaan dirinya sendiri demi rakyat dalam Parlimen Jeli.

Beberapa Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional sebelum ini menyatakan sokongan penuh ke atas kempimpinan Perdana Menteri

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Gua Musang daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Azizi Abu Naim turut mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri iaitu semalam.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman turut mengambil tindakan sama.

Susulan tindakan tersebut, kedua-dua mereka masing-masing digantung keahlian selama empat dan enam tahun oleh Bersatu.

BACA: Bukan Saja-saja Letak, Ini Fungsi Lain ‘Soak/Tube’ Pada Mesin Basuh Ramai Tak Tahu

Sumber: Astro Awani

 

The post Ahli Parlimen Jeli Dari BERSATU Tampil Nyatakan Sokongan Terhadap Kepimpinan PM Anwar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*