Tak Perlu Upah Orang, Ini Cara Cuci Mesin Basuh ‘Front Loader’ Sendiri Di Rumah

Mesti pernah kan pakaian anda berbau apabila dicuci dengan mesin basuh. Seakan-akan bau hapak, habis kena basuh sekali lagi.

Keadaan ini akan sudah pasti akan menimbulkan satu lagi masalah, tidak hanya itu, pembaziran air mahupun sabun pencuci juga turut berlaku.

Justeru, anda kena tahu, mesin basuh juga perlu dicuci atau diservis sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengelakkan ia mengeluarkan bau yang tidak diingini.

Tak perlu upah orang untuk tolong serviskan, sebaliknya ikuti sahaja perkongsian daripada Khairul Abdullah terutamanya bagi mesin basuh jenis ‘front loader’.

Cuci Mesin Basuh
Kredit: Khairul Abdullah | Facebook

Pertama sekali, anda perlu fasad luaran mesin seperti bersihkan atau lap segala habuk atau kesan tumpahan sabun pencuci pada badan mesin.

Beralih kepada tempat letak sabun, anda perlu keluarkan tempat letak sabun dan cucinya sehingga bersih. Jangan lupa bersihkan juga bahagian air masuk.

Cuci Mesin Basuh
Kredit: Khairul Abdullah | Facebook

Selepas itu, cuci bahagian getah atau gasket bulat pada bahagian pintu mesin. Menurut Khairul, bahagian itu adalah paling penting kerana kalau tidak dijaga dengan baik, kulat berbintik hitam akan ada pada bahagian itu.

Jadi bagi mengelakkan perkara tersebut tidak berlaku, selak getah itu dan ambil tisu basah serta lap bahagian itu dengan kuat.

Dalam masa yang sama, Khairul juga menyarankan ‘mildew remover’ jika kesan bintik hitam itu tidak dapat dilap dengan cara tersebut.

Cuci Mesin Basuh
Kredit: Khairul Abdullah | Facebook

Jangan lupa untuk lap juga bahagian kaca pada pintu penutup (lap pada bahagian luar sehingga dalam) sehingga bersih.

Seterusnya, buka tiub dan buang air baki. Menurut perkongsiannya, kalau air pada bahagian ini tidak dibuang, ia memang akan mengeluarkan bau busuk. Justeru, jika sudah dibersihkan pasang balik penutup seperti keadaan asal.

Untuk cucian ‘filter’ pula, anda perlu buka ‘filter’ dan pasti anda akan menjumpai bahan sisa seperti duit siling, jadi cuci sehingga bersih dan pasang balik.

Cuci Mesin Basuh
Kredit: Khairul Abdullah | Facebook

Yang terakhir, cuci drum menggunakan ‘baking soda’ dan cuka. Tuang sekitar setengah cawan atau 100 gram ‘baking soda’ ke dalam drum.

Selepas itu, tuang juga dua cawan atau 500 mililiter cuka putih atau cuka makan ke dalam tempat sabun. Lantas tekan tombol ‘on’ dan basuh menggunakan air paling panas. Biarkan ia berpusing sampai tamat tempoh masa.

Cuci Mesin Basuh
Kredit: Khairul Abdullah | Facebook

Dah siap! Jadi, anda perlu biarkan pintu mesin dan tempat letak sabun dalam keadaan terbuka sekurang-kurangnya satu hingga dua jam.

Dalam kesempatan itu juga, Khairul turut menasihatkan setiap kali selepas basuh baju, biarkan pintu mesin dan tempat letak sabun dalam keadaan terbuka.

Hal ini bertujuan untuk mengeluarkan wap air keluar sepenuhnya dari mesin selain mengelakkan mesin daripada berbau.

Sekian, projek semasa cuti untuk semua.

Untuk penerangan lebih jelas anda boleh baca tulisan asal Khairul Abdullah di laman Facebook miliknya seperti pautan di bawah.

Sumber: Khairul Abdullah | Facebook

The post Tak Perlu Upah Orang, Ini Cara Cuci Mesin Basuh ‘Front Loader’ Sendiri Di Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*