Tak Tahan Kena Ejek, Bapa Nekad Tembak Mati Anak Perempuan Selepas Video Menarinya Tular

Tembak Mati Anak Perempuan

Tak Tahan Kena Ejek, Bapa Nekad Tembak Mati Anak Perempuan Selepas Video Menarinya Tular

Seorang bapa di kampung Vano Ghari di Sardaryab, Khyber-Pakhtunkhewa, Pakistan tergamak menembak mati anak perempuannya yang berusia 18 tahun selepas video menarinya menjadi tular di media sosial, lapor The Current.

Ibu mangsa memberitahu pihak berkuasa bahawa dia bersama anak perempuannya itu serta menantu lelakinya sedang berada di dalam rumah ketika suaminya masuk dan mengambil pistol sebelum menembak mati anak perempuannya.

Menurutnya lagi, suaminya nekad membunuh anak perempuan mereka selepas seseorang mengejeknya mengenai video yang tular di media sosial itu.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Memetik The Current, wanita tersebut menyatakan bahawa anaknya yang dibunuh itu bekerja sebagai pembantu rumah di sebuah rumah keluarga kaya di Islamabad.

Difahamkan, mangsa telah dilamar oleh seorang lelaki dari Swat yang bekerja di tempat sama dengannya, namun lamaran itu ditolak kerana remaja itu sudah bertunang.

Bagaimanapun, lelaki tersebut mula memeras ugutnya, namun usahanya itu gagal.

Selepas ugutan dibuat lelaki itu gagal, dia telah bertindak untuk membalas dendam dengan menyiarkan video menari remaja itu di media sosial dengan menggunakan akaun palsu.

Ekoran daripada itu, ibunya berkata bahawa mereka telah memutuskan untuk memfailkan FIR di Islamabad terhadap lelaki berkenaan.

Sumber: The Current

The post Tak Tahan Kena Ejek, Bapa Nekad Tembak Mati Anak Perempuan Selepas Video Menarinya Tular appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*