Tak Tahan Kena Ganggu Punca Warga Emas Nekad Simbah Asid

warga emas simbah asid

Tak Tahan Kena Ganggu Punca Warga Emas Nekad Simbah Asid

Seorang wanita warga emas dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah menyimbah asid kepada pasangan suami isteri di sebuah lif pangsapuri, lapor Sinar Harian.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret pada hari ini.

Menurut Sinar Harian, tertuduh bertindak nekad melakukan perbuatan tersebut kerana tidak tahan diganggu oleh pengusaha kedai roti naan tersebut.

Majistret, Chai Guan Hock memerintahkan penganggur itu dipenjara bermula tarikh dia ditangkap iaitu pada 9 Julai lalu.

Berdasarkan pertuduhan kes, wanita itu didakwa sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan cecair kimia ke atas seorang lelaki warga Pakistan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di dalam lif Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, kira-kira jam 1.10 pagi pada 4 Julai lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat. Ia juga boleh dikenakan mana-mana dua daripada seksaan tersebut jika disabit kesalahan.

Dalam pada itu, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan sama iaitu mendatangkan kecederaan terhadap seorang lagi mangsa iaitu seorang wanita di lokasi yang sama.

Mangsa kedua yang berumur 60 tahun itu merupakan isteri kepada mangsa pertama.

Sementara itu, mahkamah membenarkan tertuduh untuk diikat jamin sebanyak RM4,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 12 September depan.

Menurut fakta kes itu, pengadu iaitu anak kepada mangsa telah menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut.

Kedua-dua mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah melecur tahap satu di bahagian bahu dan belakang badan.

Semasa prosiding itu lagi, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Izleen Ismail yang mewakili tertuduh merayu untuk hukuman terhadap anak guamnya diringankan.

Rayuan itu dibuat kerana tertuduh dikatakan telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama lagi.

Tambah Izleen, Saira mengalami kemurungan teruk dan pernah mendapatkan rawatan selepas suaminya dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

“Ditambah pula provokasi oleh mangsa, yang mahu berkawan dengan anak guam saya, menyebabkan dia tidak boleh berfikir dengan betul lalu mengambil tindakan sendiri (menyimbah asid),” katanya.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal telah memohon mahkamah untuk memberikan hukuman yang berat kepada tertuduh. Ia bagi mengambil kira kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah perkara yang serius.

“Kita perlu mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa.

“Menyentuh tekanan yang ditimbulkan oleh peguam, ia tidak dapat disahkan kerana tiada dokumentasi diberi kepada mahkamah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post Tak Tahan Kena Ganggu Punca Warga Emas Nekad Simbah Asid appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*