Wayar Voltan Tinggi Jatuh Ke Jalan? Ini Cara Selamatkan Diri

Wayar Voltan Tinggi Jatuh Ke Jalan? Ini Cara Selamatkan Diri!

Ketika sedang memandu kenderaan, pasti anda akan nampak tiang elektrik di sekeliling anda kan? Biasanya, apabila anda memandu, tiang elektrik itu berada dalam keadaan yang baik.

Tetapi, bagaimana sekiranya berlakunya ribut petir dengan angin yang kencang yang menyebabkan wayar pada tiang elektrik itu terputus?

Sekiranya ia berlaku, anda tidak boleh berlari keluar daripada kenderaan anda sesuka hati. Anda perlu mengikuti cara menyelamatkan diri ini. Jika tidak, anda mungkin akan terkena kejutan elektrik yang boleh membawa maut.

Cara Selamatkan Diri Daripada Voltan Tinggi

Jika anda ternampak wayar tiang elektrik terputus dan terjatuh ke tanah, pastikan anda berada di jarak yang selamat dari kawasan wayar itu. Jarak yang selamat adalah lapan meter dari kawasan itu.

Ini kerana, wayar elektrik bervoltan tinggi yang menyentuh tanah, akan mengeluarkan gelombang sejauh lapan meter. Jadi, anda perlu jauhkan diri anda dari kawasan itu.

Tetapi, sekiranya anda mendapati diri anda berada dalam lingkungan lapan meter dalam kawasan itu, jangan gerakkan kaki anda.

Hal ini disebabkan, terdapat sesuatu yang dipanggil step potential di mana pergerakan anda akan menyebabkan kejutan elektrik yang boleh membawa maut.

Sebab itulah anda tidak boleh terus belari atau berjalan keluar daripada kawasan itu. Sebaliknya, anda kena hubungi talian kecemasan untuk nyatakan situasi anda dan tunggu sehingga mereka pastikan kawasan itu selamat.

Namun, sekiranya anda berada dalam bahaya seperti wayar elektrik itu menyentuh sesuatu yang mengakibatkan kebakaran, anda rapatkan kaki anda dan seretkan kaki anda ke arah kawasan yang lebih selamat.

Ingat, kaki perlu sentiasa dirapatkan dan tidak boleh diangkat. Anda perlu menyeret kaki anda dan bukannya berjalan mahupun berlari keluar daripada kawasan berbahaya itu.

Apabila wayar itu terputus dan jauh ke tanah berdekatan dengan anda semasa anda berada dalam kereta, pastikan anda rapatkan kaki anda dan lompat keluar dari dalam kereta.

Pastikan kaki anda kekal rapat dan anda tidak menyetuh kereta dan tanah pada masa yang sama. Kemudian, anda seretkan kaki anda ke kawasan yang lebih selamat pada jarak lapan meter dari kawasan bahaya itu.

Sumber: Wester Power via YouTube

BACA JUGA: Jangan Terus Guna, Ni Cara ‘Season’ Kuali Baharu

The post Wayar Voltan Tinggi Jatuh Ke Jalan? Ini Cara Selamatkan Diri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*