Kanak-kanak lemas, tertiarap dalam kolam renang

JASIN: Keriangan seorang kanak-kanak perempuan untuk mandi-manda bersama abangnya di kolam renang berakhir tragedi, selepas dia ditemukan maut dipercayai lemas di inap desa milik keluarga mereka di Kampung Pulau, Merlimau di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.56 pagi itu, mangsa, Auni Falisha Muhammad Firdaus, 3, ditemui tertiarap dalam kolam renang oleh rakan ibunya.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa mengikut abangnya berusia lima tahun berjalan kaki ke kolam renang yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mereka.

“Dua beradik ini telah keluar pergi ke kolam renang tanpa pengetahun ibu bapa dan kejadian hanya disedari keluarga apabila si abang pulang ke rumah dalam keadaan pakaiannya basah.

“Apabila ditanya mengenai mangsa, si abang memberitahu adiknya berada dalam kolam itu seorang diri dan ibu bapa mangsa terus menghubungi rakan yang berada di lokasi untuk memeriksa keadaan anaknya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Ahmad Jamil, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka dan hasil bedah siasat mendapati, punca kematian disebabkan lemas.

Jelasnya, ketika kejadian tiada pengunjung lain yang menggunakan kolam renang tersebut.

“Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dalam kolam dan tidak sedarkan diri. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih diteruskan,” ujarnya. – UTUSAN

The post Kanak-kanak lemas, tertiarap dalam kolam renang appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*