Tamat Pengajian Pada Usia 76 Selepas 52 Tahun Sambung PhD

Tamat phd usia 76

Tamat Pengajian Pada Usia 76 Selepas 52 Tahun Sambung PhD

Seorang warga emas berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat kedoktoran (PhD) selepas tekad untuk menyambungnya kira-kira 52 tahun lalu, lapor New York Post.

Imbas kembali, Nick Axten, 76, pada awalnya memperoleh biasiswa Fulbright yang berprestij pada tahun 1970 untuk PhD dalam sosiologi matematik di Universiti Pittsburgh, US.

Bagaimanapun, dia kembali ke United Kingdom (UK) lima tahun kemudian tanpa merangkul ijazah PhD.

“Sesetengah masalah adalah sangat besar yang memerlukan bahagian terbaik seumur hidup untuk mengatasinya. Mereka memerlukan pemikiran yang panjang. Yang ini (PhD dalam bidang kedoktoran) telah membawa saya selama 50 tahun,” katanya.

Mengagumkan, Axten secara rasmi bergraduasi sebagai pemegang PhD pada minggu lalu yang ditemani oleh isterinya, Claire dan cucu perempuannya Freya, 11 tahun.

Difahamkan, Axten belajar di Universiti Bristol pada tahun 2016 hingga 2022.

Terima PhD pada usia 76 tahun: ‘semua terima saya’

Kredit: SWNS via New York Post
Kredit: SWNS via New York Post

“Semua pelajar siswazah falsafah lain berumur sekitar 23 tahun, tetapi mereka menerima saya sebagai salah seorang daripada mereka.

“Mereka adalah orang bijak yang penuh dengan idea menyebabkan saya suka bercakap dengan mereka terutamanya pada sebelah petang,” jelasnya.

Tidak hanya itu, pihak universiti juga mengharapkan agar penyelidikan Axten dapat diterbitkan kerana Axten dikatakan telah memperkenalkan teori baharu untuk memahami tingkah laku manusia berdasarkan nilai yang dipegang oleh setiap orang.

Kredit: SWNS via New York Post

BACA JUGA: Ibu & Anak Rangkul PhD Serentak, Masing-masing GPA 3.93

Apabila dia memulakan ijazah sarjana mudanya di Leeds pada tahun 1967, budaya seperti lelaki berambut panjang dan perempuan memakai skirt mini adalah perkara biasa.

“Sosiologi dan psikologi tiba-tiba berubah menjadi subjek yang berkembang pesat. Saya mempelajarinya kerana mahu memahami orang,” katanya.

Penyelia Universiti Bristol, Profesor Samir Okasha berkata dalam satu kenyataan, “Nick adalah seorang pelajar yang sangat bersemangat, bertenaga dan komited semasa berada di sini (universiti).

“Sungguh mengagumkan untuk melihat dia menamatkan pengajian setengah abad selepas dia memulakan PhDnya,” tambahnya.

Bagaimanapun, Axten bukan satu-satunya warga emas yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menamatkan ijazahnya.

Misalnya, tahun lalu, seorang pesara jururawat berusia 84 tahun memperoleh ijazah sarjana muda selepas memulakannya selama hampir tujuh dekad.

Beralih kepada bidang kerjayanya, Axten mencipta dan menulis bersama program pengajaran sekolah Oxford Primary Science.

Sumber: New York Post

The post Tamat Pengajian Pada Usia 76 Selepas 52 Tahun Sambung PhD appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*