Tang Jie -Ee Wei Juara Orleans Masters

Juara Orleans Masters

Tang Jie -Ee Wei Juara Orleans Masters

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) — Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berada di kelas tersendiri apabila menjadi pemain Malaysia pertama muncul juara pada Kejohanan Badminton Orleans Masters di Orleans, Perancis, hari ini.

Pada aksi final yang berlangsung di Palais de Sports, beregu nombor 26 dunia dan pilihan ketujuh kejohanan itu menampilkan permainan hebat menoktahkan kemenangan 21-19, 21-17 dalam tempoh 35 minit ke atas pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin.

Ini merupakan pertemuan pertama Tang Jie-Ee Wei yang baru digandingkan pada November lalu dengan gandingan dari Taiwan yang berada di kedudukan ke-25 dunia itu serta gelaran kedua musim ini.

BACA JUGA: 45 Tahun Menunggu Juara: “Sejarah Sudah Dibetulkan” – Datuk Lee Chong Wei

Semalam, Tang Jie-Ee Wei berjaya melangkah ke final selepas membenam wakil Indonesia, Rehal Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati yang juga pilihan keempat kejohanan dengan keputusan 21-10, 21-16.

Pencapaian terbaik Tang Jie-Ee Wei adalah pada November lalu apabila mereka mencipta sensasi menjuarai Cabaran Antarabangsa Bangladesh 2022 dengan menewaskan gandingan Thailand, Phatharathorn Nipornram- Alisa Sapniti, 21-15,21-13.

Mereka turut membuktikan kemampuan mereka apabila menjuarai Cabaran Antarabangsa Iran 2023 dengan menewaskan rakan senegara, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing, 21-19, 21-15, pada Febuari lalu.

Sumber: BERNAMA

The post Tang Jie -Ee Wei Juara Orleans Masters appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*