‘Tarik Terus Putus’, Ini Rahsia Dapatkan Roti Canai Lembut

rahsia roti canai lembut

‘Tarik Terus Putus’, Ini Rahsia Dapatkan Roti Canai Lembut

Antara makanan nasi lemak dan roti canai, ramai yang akan memilih menyediakan sarapan nasi lemak di rumah kerana cara penyediaannya agak mudah untuk diikuti selain hasilnya juga memuaskan.

Ada sebab kenapa ramai yang memilih untuk beli sahaja roti canai berbanding membuatnya di rumah kerana tidak mudah untuk dapatkan roti yang lembut.

Bukan itu sahaja, tidak pandai menebar juga menyumbang kepada punca ramai yang membeli roti canai.

Tapi jangan risau, Abang Terbang telah berkongsi bagaimana untuk dapatkan roti canai yang lembut dan boleh dinikmati di rumah.

Abang Terbang yang juga mempunyai 22 tahun pengalaman dalam menebar roti canai itu juga mengatakan dia telah menggunakan resipi tersebut sepanjang berniaga.

Mari ikuti resipi yang disediakan di bawah ini.

Cara buat doh roti canai yang lembut

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 kilogram tepung gandum

2 sudu makan susu pekat manis

1 sudu makan gula

1 sudu makan garam

100 ml air panas

1 sudu makan lemak sayuran

1 sudu makan minyak

1 sudu makan majerin atau mentega

600 ml air biasa

1 biji telur (pilihan)

BACA: “Rendam Dengan..”, Ni Cara Betul Panaskan Roti Canai “Frozen”

Cara-caranya:

Yang pertama, masukkan air panas ke dalam mangkuk kemudian letakkan susu pekat manis, gula, garam dan gaulkan sehingga larut.

Setelah ia larut, masukkan minyak sapi, marjerin, lemak sayuran dan kacau sehingga ia larut.

Sekiranya,  tiada marjerin orang ramai boleh gantikan dengan mentega dan ia juga lebih sedap. Untuk pengetahuan, kegunaan minyak sapi adalah untuk membuatkan adunan lebih wangi.

Kemudian, masukkan dua bahan terakhir iaitu tepung gandum dan juga air biasa. Setelah itu, uli adunan tersebut.

Kalau nak tahu, Abang Terbang tidak menggunakan telur bagaimanapun ia terpulang kepada pilihan masing-masing, sama ada mahu gunakan telur atau tidak dalam adunan itu.

Seterusnya, tutup adunan itu dengan plastik selama 10 hingga 15 minit. Kalau nak adunan lebih cantik, ‘rehatkan’ ia selama 30 minit.

Selepas 15 minit, uli doh tersebut sehingga ia ‘licin’. Kalau buat roti canai, tipnya adalah uli doh sebanyak dua kali untuk memastikan doh itu mempunyai permukaan yang licin.

Rehatkan sekali lagi doh tersebut selama 30 hingga 45 minit sebelum dijadikan ia bola.

Selepas tamat 45 minit, jadikan doh itu seperti bola. Ambil satu bekas, letakkan majerin di permukaannya dan masukkan doh ke dalam bekas itu.

Simpan doh tersebut di dalam chiller selama enam jam dan selepas itu barulah ia boleh ditebar. Sekiranya mahu membiarkan ia diluar, rehatkan selama tiga jam dan kemudian, tebar doh tersebut.

@abangterbang

1kg tepung 600ml air sejuk 2sudu susu 1 sudu gula 1 sudu garam 1 sudu majerin/butter 1 sudu myk sapi 1 sudu majerin 1 biji telur (abang tak pakai) #abangterbang #murtabakterbangsikamat #streetfood #makananviral #roticanai #resepi

♬ 80’s Hard Rock – Sandy Neo Classical

Sumber: @abangterbang/TikTok

The post ‘Tarik Terus Putus’, Ini Rahsia Dapatkan Roti Canai Lembut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*