AFC Sahkan Malaysia Dapat Dua Slot Automatik Di ACL

malaysia 2 slot acl

AFC Sahkan Malaysia Dapat Dua Slot Automatik Di ACL

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengesahkan Malaysia mendapat dua slot automatik dalam Liga Juara-juara Asia (ACL).

Difahamkan, slot pertama ialah Liga Juara Elit yang dipilih daripada Juara Liga Super, iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Manakala, slot kedua iaitu Liga Juara II akan diputuskan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sama ada daripada naib juara Liga Super, naib juara Piala FA atau juara/naib Juara Piala Malaysia.

“Mekanisma ini patutnya sudah pun ditentukan dalam peraturan-peraturan pertandingan domestically. Sebelum mereka bermula mereka sudah memberitahu kepada pasukan cara bagaimana akan memilih wakil daripada Malaysia kepada peringkat Asia, biasanya.

“Kalau kita periksa contohnya dengan MFL, kita boleh pastikan pasukan yang kedua adalah daripada liga ataupun daripada Cup. Cup pun ada dua, FA Cup dengan Malaysia Cup.

“Jadi ini juga perlu ditentukan oleh MFL dan FAM wakil yang akan mengambil slot yang kedua,” kata Setiausaha Agung AFC, Dato’ Windsor John.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: @fnasrom/Twitter

The post AFC Sahkan Malaysia Dapat Dua Slot Automatik Di ACL appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*