Tarikh nikah makin dekat, Zarina Anjoulie pilih cincin

PETALING JAYA – Bau nasi minyak Zarina Anjoulie semakin dekat apabila pelakon itu tampil berkongsi sedang memilih cincin perkahwinan bersama bakal suami, Datuk Seri Khazrul Elzey.

Lebih manis apabila detik melaksanakan persiapan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan turut disertai bapanya.

Bakal pengantin tidak ketinggalan menghadiahkan gelang tangan emas buat ibunya, Norzaini Abdul Hamid atau Aunty Aini.

“Beli cincin hari ini dengan mak dan bapa saya. Terima kasih bakal suami ku @elzeyanjoulie moga Allah sentiasa murahkan rezeki dan panjangkan umur awak.

“‘I love you so much (saya sangat cintakan awak),” katanya menerusi perkongsian video dalam Instagram.

Difahamkan majlis merisik akan diadakan dalam tempoh terdekat, manakala pernikahan Zarina dan Khazrul pula pada Mac depan.

Pasangan tersebut sebelum ini sudah menempah persalinan pengantin untuk hari perkahwinan mereka, malah bakal suaminya juga telah membeli rumah baharu untuk pelakon itu.

Menerusi perkahwinan terdahulu Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 35, dikurniakan seorang anak lelaki.

Sementara bakal suaminya yang juga ahli perniagaan pula berstatus duda. – KOSMO! ONLINE

The post Tarikh nikah makin dekat, Zarina Anjoulie pilih cincin appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*