Taylor Swift Catat Sejarah, Menang ‘Album Of The Year’ Empat Kali

Taylor Swift Catat Sejarah, Menang ‘Album Of The Year’ Empat Kali

Penyanyi Amerika Syarikat (US), Taylor Swift sekali lagi telah membuktikan bakat dan kemahirannya apabila memenangi anugerah Album of the Year di Grammy’s Award pada Ahad.

Ketika menerima anugerah itu, penyanyi tersebut menyatakan bahawa perasaannya ketika menerima anugerah itu boleh disamakan dengan menyiapkan sebuah lagu.

“Bagi saya anugerah sebenar adalah kerja-kerja yang telah dilakukan,” katanya.

Selain daripada memenangi anugerah Album of the Year, penyanyi itu juga telah memenangi anugerah Best Pop Vocal.

Dalam ucapannya juga, penyanyi berusia 34 tahun itu turut menyatakan rasa berterima kasih atas anugerah yang diberi.

“Terima kasih kerana telah memberi saya peluang untuk melakukan sesuatu yang saya amat suka!” ujarnya.

Kemenangan tersebut menjadikan ia anugerah Album of the Year keempat buat penyanyi tersebut.

Pelantun yang terkenal dengan lagu Love Story itu, mencatat sejarah kerana merupakan satu-satunya wanita yang telah memenangi anugerah Album of the Year sebanyak empat kali.

Ia adalah lebih banyak berbanding penyanyi-penyanyi yang lain.

Album baharu dikeluarkan April ini

Ketika memenangi anugerah Best Pop Vocal di Grammy’s Award, Taylor telah membuat pengumuman dalam ucapannya.

“Untuk berterima kasih kepada peminat saya, saya akan beritahu sebuah rahsia yang saya telah simpan selama dua tahun.

“Album terbaru saya akan dikeluarkan pada 19 April dan ia berjudul Totured Poets Department,” umumnya dalam ucapan itu.

Selain memenangi anugerah Album of the Year dan anugerah Best Pop Vocal, penyanyi itu juga telah dicalonkan dalam kategori yang lain.

Namanya telah dicalonkan dalam kategori Song of the Year, Record of the Year, Best Pop Solo Performance, dan juga Best Pop Duo/Group Performance.

Setelah albumnya yang kesepuluh iaitu Midnight debut pada October 2022, ia telah disambut baik oleh peminat-peminatnya.

Susulan itu, Taylor mengambil peluang untuk melaksanakan Eras Tour yang kini masih berjalan di beberapa negara.

Tidak cukup dengan kejayaannya itu, penyanyi itu juga turut mengemparkan panggung wayang dengan tayangan Eras Tour yang dilancarkan itu.

Tidak lama lagi, Eras Tour penyanyi itu akan dipersembahkan di Tokyo, Jepun pada 7 Februari dan akan berlangsung selama empat hari.

Sumber: AFP, CNN

BACA JUGA: Masak Nasi Guna ‘Solid Fuel’, Mudah Dibawa Ketika Berkelah

The post Taylor Swift Catat Sejarah, Menang ‘Album Of The Year’ Empat Kali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*