Tinjauan Menteri Kerja Raya Ke Projek-Projek Infrastruktur Di Miri, Sarawak

Projek Infrastruktur Di Miri

Tinjauan Menteri Kerja Raya Ke Projek-Projek Infrastruktur Di Miri, Sarawak

MIRI, SARAWAK – YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya turun  padang untuk melihat sendiri kemajuan pelaksanaan dan perancangan infrastruktur Jalan Persekutuan di Miri, Sarawak bagi memastikan jaringan perhubungan darat  rakyat Sarawak, Miri khususnya sentiasa berada dalam keadaan yang selesa dan selamat.  

Jumlah panjang jalan Persekutuan di Bahagian Miri yang disenggara oleh syarikat  konsesi adalah sepanjang 85.76 km iaitu 44.03 km dikategorikan sebagai Jalan  Protokol manakala 41.73 km adalah Jalan Primary. Kementerian Kerja Raya (KKR)  menyediakan anggaran peruntukan sebanyak RM 2.8 juta setahun bagi  melaksanakan penyenggaraan rutin Jalan Persekutuan di Miri. 

Pada tahun 2023, beberapa tindakan segera telah diambil oleh konsesi Jalan  Persekutuan sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek menangani masalah  jalan berlubang sepanjang Jalan Persekutuan di Miri dengan melaksanakan  penampalan jalan (pothole patching) di bawah kerja-kerja Penyenggaraan Rutin.  Kuantiti kerja tampalan potholes bagi tempoh Januari hingga Disember 2023 yang  telah dilaksanakan adalah sebanyak 209 bilangan.  

Projek Infrastruktur Di Miri

Bagi permukaan pavemen (turapan) jalan yang rosak akibat faktor pengusiaan  (ageing) dan berada pada tahap kritikal, kerja-kerja penyenggaraan telah diluluskan  di bawah program Penyenggaraan Berkala Pavemen dengan peruntukan  penyenggaraan sebanyak RM 4.6 juta yang melibatkan 3 lokasi untuk dilaksanakan  segera pada tahun 2024 .  

Selain itu juga, Kementerian telah meluluskan sejumlah RM 0.8 juta bagi pelaksanaan  Penyenggaraan Berkala Bukan Pavemen yang melibatkan 4 lokasi dan sejumlah  RM 0.3 juta bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan kecil Jambatan Sg Lutong.  Bagi mengatasi isu berbangkit berkaitan penyenggaraan Lampu Jalan dan Lampu  Isyarat di Bahagian Miri, Kementerian ini telah meluluskan sejumlah RM0.5juta bagi  pembayaran bil Lampu Jalan/Lampu Isyarat dan sejumlah RM 0.3 juta bagi  penyenggaraan Lampu Isyarat. 

Siri turun padang bermula dengan tinjauan lokasi cadangan Pakej Kuala Baram ke  CIQ Sungai Tujoh, yang merupakan salah satu daripada tiga (3) pakej Projek  Lebuhraya Trans Borneo (LTB). Projek LTB bertujuan untuk menambahbaik jaringan Jalan Persekutuan di antara sempadan Miri, Limbang dan Lawas ke Brunei  Darussalam. 

Seterusnya Menteri Kerja Raya meninjau prestasi kemajuan kerja pembinaan Pakej  11 – Sungai Tangap ke Jalan Pujut Link, Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak khususnya pembinaan viaduct di Seksyen Lambir. Bagi Pakej Kerja WP11, kemajuan  kerja kini 97.45% siap dan secara keseluruhannya, Projek LPB Sarawak dari Telok  Melano ke Miri dijadualkan akan siap pada April 2024. Kerja-kerja melibatkan  rekabentuk semula pembinaan viaduct pula telah bermula pada bulan November 2023  dengan jangkaan siap pada suku keempat 2025 namun tidak akan menjejaskan  keselesaan pengguna jalan raya kerana masih boleh menggunakan jalan sedia ada.  

Projek Infrastruktur Di Miri

Lokasi penyenggaraan cerun juga turut ditinjau di Laluan1/79A Miri Airport Junction  / Puchong Roundabout. Permohonan bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan  berjumlah RM 0.7 juta di lokasi ini telah diluluskan.  

Menyedari akan rungutan kesesakan trafik yang dialami pengguna jalan raya di  bandar Miri, Menteri Kerja Raya turut meninjau lokasi projek Menaiktaraf Bulatan  Pujut 3 (Bulatan GK) kepada Persimpangan Lampu Isyarat serta projek  Menaiktaraf Jalan Bulatan Puchong – Sg. Lutong. 

Oleh kerana pembangunan tanah yang rancak di sepanjang jajaran jalan dan  kawasan sekitarnya, bulatan yang sedia ada sekarang tidak dapat menampung jumlah  trafik yang meningkat dengan pantas kerana jalan ini berfungsi sebagai jalan arteri  utama bagi penghuni dari Lutong, Tudan, Permyjaya, Senadin, Kuala Baram, Brunei,  Limbang untuk menuju ke kawasan Bandar Miri. Banci trafik bagi jalan tersebut yang  dibuat pada 5 Januari 2022 merekodkan sebanyak 65,799 jumlah kenderaan melalui  jalan tersebut dari 6 pagi sehingga 10 malam. 

Oleh itu, cadangan projek ini adalah untuk menaiktaraf bulatan sedia ada kepada  persimpangan lampu isyarat serta pelebaran jalan dari Bulatan Saberkas/Pujut ke  Persimpangan Pujut 7 daripada laluan berkembar 4 Lorong kepada 6 Lorong  sepanjang 3km. Projek ini telah mendapat kelulusan Kerja Awalan dibawah  peruntukan Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe 12). Skop kerja yang diluluskan adalah Kerja Ukur Tanah dan Penyiasatan Tanah  dengan kos anggaran RM 1.23 Juta. 

Projek Infrastruktur Di Miri

Melalui kerja-kerja naiktaraf, projek baharu dan penyenggaraan jalan Persekutuan di  Miri ini, ia membuktikan komitmen berterusan KKR dalam menyediakan fasiliti dan  infrastruktur yang selamat dan selesa kepada rakyat. Ia bakal mengurangkan  masalah kesesakan di bandar Miri, mengurangkan masa perjalanan, menggalakkan  aktiviti pelancongan di sekitar kawasan Bandar Miri serta mempercepatkan  pertumbuhan ekonomi Sarawak. Ini sejajar dengan semangat dan aspirasi Program  MyJalan yang dilancarkan KKR untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam  mengatasi isu – isu berkaitan jalan raya terutamanya Jalan Persekutuan. 

The post Tinjauan Menteri Kerja Raya Ke Projek-Projek Infrastruktur Di Miri, Sarawak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*