Tentera AS Teruja Tengok Senjata Tradisional Melayu, Siap Borong Bayar Pakai Dollar

Tentera AS senjata melayu

Tentera AS Teruja Tengok Senjata Tradisional Melayu, Siap Borong Bayar Pakai Dollar

Pelbagai jenis senjata yang terdapat di atas muka bumi ini, dari yang tradisional sehinggalah yang moden.

Senjata moden boleh dikenali dengan kecanggihannya seperti pistol, senapang, M16 dan sebagainya. Dari yang kecil sehinggalah besar seperti bom nuklear dan sebagainya.

Namun begitu, walaupun masa terus berjalan, senjata tradisional khususnya bagi masyarakat Melayu sering mendapat tempat dan menjadi tumpuan orang ramai.

Antara senjata yang sering kita lihat adalah keris, kerambit, lembing dan lain-lain lagi.

Ia bukan sahaja mendapat tumpuan masyarakat tempatan, malah ia juga sering mendapat perhatian masyarakat luar negara.

Untuk membuktikannya, seorang pengguna TikTok bernama @brothershamm ada berkongsikan satu video yang memaparkan keterujaan tentera Amerika Syarikat sebaik melihat senjata tradisional Melayu tersebut.

Menurut keterangan video tersebut, pasukan tentera Amerika Syarikat itu dikatakan teruja dengan senjata seperti keris, samurai, kerambit dan lain-lain lagi.

Menerusi muat naik perkongsian tersebut, seorang tentera Malaysia dilihat sedang memberi penerangan kepada seorang tentera Amerika Syarikat berkenaan senjata tersebut.

Kredit TikTok

“Kita payung video ori, USA Army teruja dengan keris, samurai, karamit dan lain-lain,” tulis kapsyen muat naik tersebut. 

Askar Amerika yang berpakaian t-shirt dan seluar pendek serba hitam itu kelihatan sangat tertarik dengan senjata yang dipamerkan itu.

Selain itu, beberapa askar Amerika yang lain turut dilihat sedang membelek-belek beberapa keris dan senjata yang lain.

Kredit TikTok

Beli senjata guna mata wang USD

Mereka turut dikatakan membeli beberapa senjata yang dipamerkan tersebut dengan bayaran menggunakan mata wang USD.

Berdasarkan video muat naik itu lagi, kejadian itu dikatakan berlaku di MCTC Desa Pahlawan, Kota Bahru, Kelantan.

@brothershamm

Samurai, keris, karamit dan pisau lepah terbang ke USA sobattt Duitt DOLLAR SOBATTT #usa Army#tenteradaratmalaysia #everyone

♬ sonido original – Urban Music Letras

Walau bagaimanapun, atas tujuan apa askar Amerika itu datang ke kem berkenaan tidak dinyatakan dalam video tersebut.

Muat naik perkongsian itu telah menjadi tular dan mendapat komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Minat betul lah US army ni dengan senjata tajam Melayu borong sakan,” tulis seorang netizen.

“Terbaik tentera darat kita,” tulis seorang netizen yang memuji tentera darat Malaysia yang berada di dalam video tersebut.

“Rasa bangga tengok askar kita. Kalau tak pakai uniform pun boleh perasan askar. Santai sungguh askar US ya,” tulis seorang lagi netizen yang berbangga dengan askar Malaysia.

@brothershamm

KITA PAYUNG VIDEO ORI, USA ARMY TERUJA DENGAN KERIS, SAMURAI, KARAMIT DAN LAIN2 PART 2 #usa🇺🇸 #everyone #senjatamelayu #usarmy #tenteradaratmalaysia

♬ original sound – Blackzod – Blackzod

Sumber: TikTok/@brothershamm

The post Tentera AS Teruja Tengok Senjata Tradisional Melayu, Siap Borong Bayar Pakai Dollar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*