Terangkat Selera, Wanita Kongsi Resipi Nasi Ayam Hainan

resipi ayam hainan

Terangkat Selera, Wanita Kongsi Resipi Nasi Ayam Hainan

Tentu ramai antara kita sudah mengenali dan mencuba Nasi Ayam bukan?  Apa kata kali ini kita mencuba sedikit kelainan iaitu Nasi Ayam Hainan yang tak kurang sedapnya.

Bukan itu sahaja, rupa hidangannya juga tidak berbeza jauh dan tentunya dapat diterima oleh ‘tekak’ dengan mudah. Makanan ini juga terdapat di mana-mana kedai makan namun lebih terangkat selera sekiranya dibuat di rumah. Lebih-lebih lagi, caranya penyediaannya juga tidak terlalu rumit.

Untuk mengetahui dengan lebih resipi Nasi Hainan, mari kita ikuti perkongsian Zurina Zulkefli di Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resipi Nasi Ayam Hainan

Hari tu, adik saya ada masakkan nasi ayam masa saya balik Kuantan. Katanya nasi ayam Hainan ikut resepi tiktok. Resepi siapa saya tak tahu. Tapi gigih la adik saya follow, sikit-sikit pause sikit-sikit ulang semula video TikTok tu. Saya perhati je, macam ni rupanya orang follow resipi tiktok (saya takde tiktok). Dan satu family makan adik saya masak, komen saya, air tangan dia sedap! Tapi… resepi yang dia masak tu tak mencapai apa rasa sebenar nasi ayam hainan.

Jadi hari ni saya masak dan kongsikan resepi. Suami pun puji masakan saya kali ni, katanya nasi ayam saya rasa lebih hainan dari hainan itu sendiri (standard la bergurau). Wow! gituh. Terasa kembang sekejap sampai nasi pun makan terasa tak cukup.

Kena edit pula posting ni, jangan salah faham ya. Saya tak perkecilkan masakan adik saya pun, air tangan dia memang dah sedap. Fokus saya pada resepi yang dia follow tu, jadi saya masak versi saya mungkin dia boleh follow resepi saya pula. Alang-alang share la untuk semua. 

Gambar: Zurina Zulkefli

Perkara pertama perlu dimasak adalah air rebusan ayam. Rebusan ini yang menjadi asas pada masakan untuk nasi, sup dan sos sambal.

Gambar: Zurina Zulkefli

Panaskan setengah air di dalam periuk dan masukkan satu kiub pati ayam. Tak perlu garam. Tunggu sehingga air mendidih, baru masukkan tigh ayam, daun bawang dan hirisan halia. Direbus selama 20 minit.

BACA JUGA: Lelaki Terlepas Hukuman Mati, Diganti Penjara 20 Tahun Sebabkan Kematian Isteri

resipi ayam hainan
Gambar: Zurina Zulkefli

Sementara itu, panaskan kuali. Goreng kulit dan lemak ayam, kemudian campak kayu manis serta cengkih. Lemak dari ayam ini akan kecut dan hasilkan minyak.

Gambar: Zurina Zulkefli

Basuh dan bilas beras. Masukkan ke dalam kuali dan kacau sehingga kering. 

Gambar: Zurina Zulkefli

Beras yang sudah kering dimasukkan ke dalam rice cooker. Tuang sedikit demi sedikit air rebusan ayam ke atas nasi, seperti kebiasaan tanak nasi. Taburkan sedikit garam.

Gambar: Zurina Zulkefli

Ambil ayam rebus dan kukus pula di atas nasi supaya ayam dimasak lebih lama dan lembut.

Gambar: Zurina Zulkefli

Nasi ayam yang telah siap.

resipi ayam hainan
Gambar: Zurina Zulkefli

Ayam rebus yang dikukus tadi, dipotong kecil dan susun di atas pinggan. Tuangkan sos ke atasnya.

BACA JUGA: Lelaki Warga Indonesia Maut Dipercayai Dibaham Harimau

Cara sediakan sos, campur 2 sudu sos tiram, 3 sudu kicap cair (bukan kicap lemak manis), 2 sudu minyak bijan dan bancuhan air tepung jagung. Kacau sebati dan masak sehingga likat. Kemudian boleh tuang ke atas ayam. 

resipi ayam hainan
Gambar: Zurina Zulkefli

Penyediaan Sambal

Sambal hijau.
Perlu ada halia sikit, cili hijau tiga tangkai, daun bawang dan minyak bijan. Mula-mula tumbuk halia dan cili hijau. Bila dah hancur masukkan hirisan daun bawang, sedikit garam dan minyak bijan. Kacau-kacau sebati, siap.

Sambal merah
Bahan yang kena ada, cili besar 2 tangkai, cili merah kecik dalam 8 tangkai, 3 ulas bawang putih, sedikit halia.

Ko potong-potong kemudian masuk dalam blender, masukkan sedikit air rebusan ayam, cuka sesudu, garam gula. Blend sampai jadi sambal. Siap.

Sup
Air rebusan ayam tadi tu, campur sikit je garam. Sup ni tak perlu masin sangat tau, macam asal ada je janji aroma stok ayam tu kuat. Lepas tu, bila hidang tu taburkan hirisan daun bawang dan beberapa titik minyak bijan. Siap. 

resipi ayam hainan
Gambar: Zurina Zulkefli

Hidangan lengkap nasi ayam Hainan.

Sumber: Zurina Zulkefli via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

The post Terangkat Selera, Wanita Kongsi Resipi Nasi Ayam Hainan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*