Terlihat Santai Tidur Dalam Bilik, Empat Babi Dihalau Keluar

empat ekor babi tidur dalam bilik

Terlihat Santai Tidur Dalam Bilik, Empat Babi Dihalau Keluar 

Sekiranya hidup berhampiran dengan hidupan lain, manusia pasti akan merasai pengalaman pahit manis yang tidak dijangka atau dilupakan.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video di media sosial di mana seorang lelaki menangkap empat ekor babi yang sedang bermalas-malasan di dalam biliknya, di Indonesia, lapor Tribun Medan.

Video tersebut telah menarik perhatian netizen dan mendapat tanda suka sebanyak 90,200 setakat artikel ini ditulis.

Menerusi perkongsian @karat.itam di Instagram pada Selasa, empat ekor babi itu dilihat sedang bersantai dan baring di atas tilam sebelum disergah oleh seorang lelaki.

“Anak-anak selesa di rumah tumpangan baharu,” memetik kapsyen yang ditulis @karat.itam.

BACA: Babi Hutan Besar Bikin Onar, Liat Nak ‘Tumbang’ Walau 5 Kali Ditembak Ubat Penenang

Empat ekor babi tidur dalam bilik

Dalam klip video itu, ia memaparkan suasana bilik seorang penghuni pada waktu malam, yang dilihat sedikit bersepah.

Pada hari kejadian, bilik itu dengan cadarnya yang hampir tercabut tidak didiami oleh manusia, tetapi yang mengejutkan, dihuni oleh empat ekor babi.

Haiwan itu yang tidak diketahui asal usulnya dilihat sedang baring di atas katil, kelihatan begitu santai dan selesa seolah-olah tidur di rumah mereka.

Terdapat seekor babi warna hitam yang berbadan besar, manakala tiga ekor babi yang lain kelihatan kecil seperti anak-anaknya.

Binatang yang kecil itu mempunyai bulu hitam, putih dan coklat dan difahamkan masuk ke dalam bilik itu melalui pintu yang tidak ditutup dengan rapat.

Lelaki halau keluar haiwan tersebut

Lelaki yang didakwa sebagai pemilik bilik itu kelihatan seperti baru pulang dan terkejut apabila melihat haiwan-haiwan terbabit.

Dengan jalan yang perlahan, lelaki itu merekod binatang yang sedang berehat di bilik tersebut sambil mengomel sendirian.

Dia kemudian menjerit dan menghalau empat binatang itu keluar daripada biliknya.

“Hey! Buat apa kamu di situ?!” jeritnya.

Jeritannya itu membuatkan empat ekor babi tersebut tersedar daripada tidur dan kelihatan takut apabila dihalau.

Babi-babi kecil yang ketakutan kelihatan bersembunyi berhampiran babi yang paling besar.

Pemilik itu sempat mencium bau cadar yang digunakan oleh binatang terbabit sambil menghalau mereka keluar daripada bilik.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-rata mereka terhibur dengan telatah yang ditunjukkan oleh haiwan-haiwan itu.

Sumber: Tribun Medan

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

The post Terlihat Santai Tidur Dalam Bilik, Empat Babi Dihalau Keluar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*