The Chicken Rice Shop Lancar Menu Baru ‘Delightful Koli’ Sempena Deepavali

Kuala Lumpur, 17 Oktober 2023 – Sempena menyambut Pesta Cahaya yang kian menjelang, The Chicken Rice Shop (TCRS) teruja untuk melancarkan menu baharu mereka yang sangat dinanti-nantikan, ‘Delightful Koli’. Menu ini boleh didapati di cawangan TCRS di seluruh negara mulai sekarang hingga 19 November 2023.

Deepavali, atau lebih dikenali sebagai Pesta Cahaya, adalah masa untuk menyambut perayaan bersama keluarga dan menunjukkan rasa kesyukuran. Apakah cara yang terbaik untuk memberikan penghargaan buat mereka yang menerangi hidup kita? Pastilah dengan berkongsi hidangan yang memikat citarasa yang tersayang. Dengan pelancaran menu ‘Delightful Koli’, TCRS berhasrat untuk menyatukan keluarga dan rakan-rakan dengan menyebarkan kegembiraan, supaya mereka dapat berkumpul bersama menikmati hidangan yang mempesonakan.

Tersedia dalam tiga set berbeza untuk memenuhi permintaan yang pelbagai, menu masa terhad ini menampilkan hidangan yang mencerminkan intipati masakan kaum India dengan sentuhan istimewa TCRS. Dihasilkan dengan teliti untuk mencipta kenangan gastronomi yang tidak dapat dilupakan sempena sambutan Deepavali, hidangan ayam istimewa ini disediakan dengan adunan rempah untuk menghasilkan perisa menyelerakan yang berteksturkan kari pekat.

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd meluahkan rasa terujanya dengan menu yang baru dilancarkan ini dan berkongsi bahawa mereka berbesar hati untuk memperkenalkan pengalaman kulinari khas yang menggabungkan tradisi masakan kaum India dengan sentuhan unik TCRS.

“Di TCRS, kami percaya bahawa budaya makan bersama dapat mengeratkan hubungan antara manusia dan inilah masa yang paling sesuai untuk meraikan semangat perpaduan. Pelancaran menu istimewa ini adalah cara kami menyebarkan kegembiraan dan melahirkan rasa terima kasih kepada pelanggan setia kami sempena sambutan musim perayaan ini,” kata Kah Yong.

Raikan Deepavali yang penuh kemeriahan dengan TCRS, dan nikmati menu ‘Delightful Koli’ yang menjanjikan  kegembiraan dan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan.

“Menu ‘Delightful Koli’ mencerminkan komitmen TCRS untuk menawarkan pengalaman pemakanan yang pelbagai dan menarik untuk pelanggan kami. Kami berharap menu ini bukan sahaja memenuhi cita rasa pengunjung malah mengeratkan lagi ikatan kasih bersama dan mencetuskan rasa kesyukuran sempena sambutan yang penuh makna ini. Kami menjemput semua untuk menikmati menu berkhasiat ini dan mencipta kenangan terindah bersama yang tersayang,” kata Kah Yong.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan Deepavali TCRS bersama keluarga dan rakan-rakan! Kunjungilah cawangan TCRS terdekat anda untuk merasakan kelazatan yang pasti menggiurkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu Delightful Koli, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.

The post The Chicken Rice Shop Lancar Menu Baru ‘Delightful Koli’ Sempena Deepavali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*