Tiada Bekalan Elektrik, Doktor Di Gaza Terpaksa Bedah Pesakit Dengan Bantuan Lampu Telefon

doktor gaza bedah pesakit

Tiada Bekalan Elektrik, Doktor Di Gaza Terpaksa Bedah Pesakit Dengan Bantuan Lampu Telefon

GAZA — Para doktor di hospital Gaza terpaksa bergantung dengan lampu telefon bimbit sewaktu melakukan pembedahan dan merawat luka pesakit dengan menggunakan cuka, lapor Mirror UK.

Difahamkan hospital-hospital di Gaza terpaksa mencatu bekalan perubatan dan bahan api sementara menunggu penghantaran bantuan dari Mesir.

Pengarah Kecemasan Hospital Nasser di Khan Younis, Dr Mohammad Qandeel berkata kekurangan kakitangan hospital membuatkan keadaan bertambah sukar untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Lebih-lebih lagi katil-katil di unit rawatan rapi (ICU) dilaporkan penuh manakala bekalan elektrik semakin berkurangan.

Gambar: Tangkap Layar Video

Tambahnya, keadaan itu menyebabkan doktor-doktor terpaksa bekerja dalam situasi sukar dan melakukan pembedahan menggunakan apa saja sumber cahaya yang ada.

Dalam satu rakaman video mendedahkan seorang pakar bedah sedang menjahit lengan pesakit di dalam wad yang gelap sementara pembantu lain menghalakan sumber cahaya daripada telefon bimbit mereka.

BACA: 120 Bayi Inkubator Di Hospital Gaza Dalam Keadaan Berisiko – PBB

“Sejak awal pagi Rabu lalu, kami menerima 80 pesakit yang cedera parah manakala 12 mayat yang terbunuh dalam serangan udara. Dua pesakit yang cedera terpaksa dibiarkan meninggal dunia kerana hospital kehabisan kelengkapan ventilator untuk mereka.

“Beberapa hari sebelum ini, kami telah memaklumkan kepada orang ramai berhubung risiko kehabisan bahan api. Hari ini (Khamis lalu) perkara itu mula berlaku.

“Kami terpaksa memberikan rawatan kepada pesakit dengan hanya menggunakan lampu telefon bimbit sahaja. Kami tidak mempunyai banyak katil ICU. Oleh itu, kami tidak dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa.

“Sekiranya perkara ini terus berlaku, lebih ramai kanak-kanak dan wanita berisiko berdepan kematian tanpa sebarang bantuan perubatan,” katanya.

Sementara itu, dalam rakaman lanjut juga mendedahkan orang ramai berpusu-pusu ke lokasi serangan udara berhampiran hospital bagi membantu mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap di antara runtuhan.

BACA JUGA: Empat Hospital Di Gaza Lumpuh – Kementerian Kesihatan Gaza

Sumber: Mirror UK 

The post Tiada Bekalan Elektrik, Doktor Di Gaza Terpaksa Bedah Pesakit Dengan Bantuan Lampu Telefon appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*