Tiada Cuti Peristiwa Di Terengganu Esok – Ahmad Samsuri

Tiada Cuti Peristiwa Di Terengganu Esok - Ahmad Samsuri KUALA TERENGGANU, 9 Dis (Bernama) -- Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan Kerajaan Negeri Terenggan

Tiada Cuti Peristiwa Di Terengganu Esok – Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU, 9 Dis (Bernama) — Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan cuti peristiwa di negeri itu esok seperti tular di media sosial.

Beliau berkata poster mengenai dakwaan cuti peristiwa yang tular tersebut adalah palsu dan ia merupakan poster lama yang telah disunting.

“Berlegar-legar poster lama yang diedit (disunting) tentang cuti peristiwa pada esok, Ahad 10 Disember 2023.

“Untuk makluman, tiada cuti peristiwa diumumkan oleh kerajaan negeri,” katanya dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Hari ini tular di laman sosial sebuah poster yang mendakwa kononnya kerajaan negeri mengumumkan esok sebagai cuti peristiwa selepas Terengganu FC berjaya melangkah ke final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam.

BACA: Tak Perlu Ambil Cuti & Beratur, Ini Cara Nak “Renew” Lesen Memandu Secara Online

Sumber: Bernama

The post Tiada Cuti Peristiwa Di Terengganu Esok – Ahmad Samsuri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*