“Koleksi Tudung Isteri Jadi Harta Pusaka Bila Isteri Meninggal, Tak Boleh Suka Hati Sedekah” – UAI

tudung disedekah harta pusaka

“Koleksi Tudung Isteri Jadi Harta Pusaka Bila Isteri Meninggal, Tak Boleh Suka Hati Sedekah” – UAI

Secara umumnya, wanita akan memiliki lebih banyak koleksi pakaian jika dibandingkan dengan lelaki. Perkara ini dapat dilihat menerusi hasil dapatan kajian yang dikeluarkan M&S.

Menurut kajian terbabit, seorang wanita di United Kingdom secara purata memiliki 152 item dalam almari mereka. Berbeza dengan lelaki, yang mana hanya memiliki 56 barangan dalam almari.

Dalam laporan Great British Wardrobe pula, seorang wanita didapati merasa bahawa dirinya memiliki penampilan yang lebih baik, jika dia memakai sesuatu yang baharu dibandingkan dengan memakai pakaian yang lama.

Manakala, 79 peratus wanita memberitahu bahawa lebih gembira dan lebih yakin ketika memakai sesuatu yang baharu. Sebaliknya, 52 peratus wanita mengakui kurang bersemangat dan kurang berkeyakinan jika memakai sesuatu yang lama.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah wanita akan memiliki lebih banyak set pakaian, khususnya pada hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya.

Lelaki bertanya kepada UAI, adakah tudung isteri boleh disedekahkan apabila isterinya sudah meninggal dunia

Berhubung dengan koleksi pakaian yang banyak, seorang lelaki bertanya satu soalan rawak kepada pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idris (UAI).

Lelaki yang dikenali sebagai ‘Suami Yang Susah Hati’ terdetik untuk bertanyakan soalan tersebut selepas mengira bilangan tudung dalam koleksi isterinya.

Menurut lelaki berkenaan, isterinya memiliki kira-kira 164 helai tudung dalam simpanan. Selepas membuat pengiraan tersebut, timbul pertanyaan di mindanya apa yang harus dilakukan dengan koleksi tudung tersebut andai isterinya meninggal dunia?

Adakah tudung-tudung tersebut boleh disedekahkan kerana kedua-dua anaknya adalah lelaki? Ataupun tudung perlu dibahagikan berdasarkan sistem faraid?

Menurut Ustaz Azhar Idrus, tudung-tudung berkenaan tidak boleh disedekahkan kerana telah menjadi harta pusaka.

“Jawapannya tidak boleh. Kerana setiap benda yang bermanfaat akan menjadi harta pusaka,” katanya.

Pendakwah asal Kuala Terengganu itu menjelaskan bahawa persepsi sebahagian masyarakat terhadap harta pusaka selalunya hanya terikat kepada beberapa barangan seperti duit, emas, tanah dan rumah.

“Segala-galanya adalah harta pusaka selagi boleh diambil guna (bermanfaat),” jelas UAI lagi berkenaan harta pusaka.

Beliau kemudian turut memberikan beberapa contoh ringkas berkenaan harta pusaka yang boleh difahami dengan mudah.

“Selipar sebelah, tidak menjadi harta pusaka. Kalau dua belah, menjadi harta pusaka. Walaupun selipar murah, (misalnya) RM5 sahaja, (tetapi) boleh dipakai dan diambil manfaat oleh orang lain, itu harta pusaka. Sudu satu? Harta pusaka, wajib faraid” katanya lagi.

Namun begitu, beliau berkata sekiranya waris bersetuju untuk disedekahkan, barulah perkara itu dibolehkan.

”Semua waris setuju bersedekah, baru boleh. Jangan buat pasal jangan buat main.” ujarnya.

UAI seterusnya mengingatkan orang ramai mengambil berat mengenai perkara ini, terutamanya para suami.

“Apabila mati, semuanya balik menjadi milik Allah…sebab itu waris tidak boleh buat suka-suka. Bila (harta) jadi hak waris? Selepas melalui dua perkara. Pertama, bayar hutang agama dan kedua bayar hutang manusia. Baki baru menjadi milik waris,” katanya lagi.

Semoga bermanfaat.

BACA: Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Kod Warna Pada Bungkusan Beras Ramai Tak Tahu

Sumber: Ustaz Azhar Idrus via Youtube

The post “Koleksi Tudung Isteri Jadi Harta Pusaka Bila Isteri Meninggal, Tak Boleh Suka Hati Sedekah” – UAI appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*