Tidak cukup wang tambang ke hospital, wanita rayu bantuan

JERANTUT: Seorang wanita di Felda Kota Gelanggi Dua, Nurul Wahida Kamarudin, 38, merayu orang ramai membantu kewangan untuk tambang kenderaan dan pembiayaan bagi rawatan anaknya yang mengalami penyakit saraf di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nurul Wahida berkata, anaknya, Nurul Syafinaz Mohd. Nazrul, 14, yang menghidap penyakit saraf sejak setahun lalu mengalami bengkak bermula di jari telunjuk di tangan kiri seterusnya kesakitan berterusan di tangan kiri dan anggota belakang.

“Saya perlu membawa Nurul Syafinaz mendapatkan rawatan di HTAA di Kuantan keadaan sakitnya bertambah serius apabila tidak boleh menggerakkan jari telunjuk serta mengangkat tangan dan lengan kiri.

“Jika tidak mendapatkan rawatan segera kemungkinan anak ketiga saya ini akan menderita sakit dan langsung tidak boleh mengangkat beg sekolah yang mula bersekolah minggu depan malah terganggu ketika berbaring waktu tidur,” katanya di sini semalam.

Nurul Wahida berkata, mana mampu dia dan suami, Mohd. Nazrul Mat Zain, 42, yang cuma membuat kerja sebagai buruh mengambil upah di ladang sawit menyediakan wang untuk tambang atau sewa kenderaan termasuk menginap serta belanja makan minum semasa menemani rawatan anaknya di HTAA.

Orang ramai, yang ingin beramal jariah dan membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi Nurul Wahida menerusi talian 0137154171 atau terus ke akaun Maybank (Nurul Wahida) bernombor 156141469872.-UTUSAN

The post Tidak cukup wang tambang ke hospital, wanita rayu bantuan appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*