Tiga ‘Lifehack’ Beli Tiket Penerbangan Murah, Boleh Jimat Hingga Beratus Ringgit

“Yeay tak sabarnya nak naik kapal terbang!” sorak si kecil teruja. Maklumlah, pertama kali nak terbang. Selama ni hanya tengok dalam Youtube sahaja, kalini boleh naik dengan satu keluarga. Sambil si kecil bersorak gembira, si ayah sibuk ‘menggodek’ laman sesawang bank untuk melihat baki akaunnya sambil garu kepala.

Itulah realiti sebahagian kita. Nak bawa keluarga melancong ke dalam atau luar negara, tapi kos pengangkutan dan penginapan jadi cabaran utama. Bila sebut kapal terbang, sudah tentu harganya tak murah. Satu kepala dah beratus malah beribu ringgit, apatah lagi kalau bercuti satu keluarga. Ditambah dengan kos penginapan di lokasi percutian, boleh rabak poket dibuatnya.

Jadi kali ni Siakap Keli nak kongsikan tips untuk jimatkan kos perjalanan dan penginapan bila korang melancong ke terutamanya buat yang ingin ke luar negara.

Pertama, beli tiket penerbangan setiap hala secara berasingan untuk bandingkan pilihan harga yang lebih murah. Harga penerbangan pergi dan balik mungkin berbeza jika anda membuat pembelian sehala berbanding secara round-trip

Kedua, beli pada waktu tempahan yang terbaik atau erti kata lain, prime booking window. Beli tiket penerbangan sekurang-kurangnya dua bulan lebih awal lebih daripada tarikh penerbangan untuk dapatkan harga yang lebih murah terutamanya pada musim percutian. Anda juga mempunyai lebih masa untuk mengatur itinerari mahupun menukar tarikh sekiranya ada sebarang perubahan.

Ketiga, beli tiket penerbangan dan penginapan di Traveloka. Banyak yang anda boleh jimat bila membeli di platform ini. Dengan kupon yang sentiasa di ‘refill’ setiap bulan, anda akan sentiasa mempunyai pilihan lebih murah untuk tiket penerbangan tidak kira domestik mahupun antarabangsa.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang membandingkan tawaran harga penerbangan serta penginapan yang terbaik daripada syarikat yang berbeza. Di samping itu, anda akan mendapat mata ganjaran penerbangan dan mata ganjaran Traveloka secara berasingan, bermakna anda akan memperoleh keuntungan dua kali ganda.

Jimat sampai RM200 untuk Malaysia Airlines

tiket penerbangan

tiket penerbangan

Terbaru, Traveloka tawarkan kupon sehingga RM200 untuk penerbangan Malaysia Airlines tidak kira anda pengguna baru atau pengguna sedia ada aplikasi ini. Malah, anda boleh dapatkan penjimatan tambahan sebanyak RM230 dengan mendaftar sebagai ahli kelab MH di aplikasi Traveloka.

Anda juga boleh membuat pembayaran tanpa caj tambahan melalui pelbagai platform termasuk kad kredit, kad debit, perbankan Internet mahupun 7-Eleven berdekatan.

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan kesemua pilihan syarikat penerbangan, hotel dan pengalaman terbaik anda dalam satu aplikasi sahaja. Ikuti Facebook, Instagram, Tiktok & Telegram Traveloka untuk dapatkan maklumat terkini tentang promosi terbaru mereka.



The post Tiga ‘Lifehack’ Beli Tiket Penerbangan Murah, Boleh Jimat Hingga Beratus Ringgit appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*