Manchester United Dah Jadi Milik Sheikh Jassim?

Manchester United Sheikh Jassim

Manchester United Dah Jadi Milik Sheikh Jassim?

QATAR —  Dalam perebutan bidaan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United, pengerusi Qatar Islamic Bank, Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani didakwa bakal menjadi pemilik baru kelab itu.

Menerusi Twitter @al_watanQatar mendakwa bahawa pengerusi Qatar Islamic Bank itu berjaya memenangi bidaan yang dilakukan oleh pemilik United, The Glazer.

“Laporan akhbar: Sheikh Jassim bin Hamad bin Jassim berjaya memperoleh United dan pengumuman perjanjian akan dilakukan tidak lama lagi,” tulis al_watanQatar dalam Tweet tersebut.

 

Sebelum ini, jutawan Britain, Sir Jim Ratcliffe dan Sheikh Jassim merupakan dua individu yang menyatakan minat untuk melamar kelab itu.

Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani

Gambar: Fabrizio Romano

Sheikh Jassim merupakan peminat United sepanjang hidupnya. Anak kepada bekas perdana menteri Qatar itu telah menjadi pihak kedua yang secara rasmi mengisytiharkan minat untuk membeli United.

Pengumuman itu dibuat selepas Sir Jim Ratcliffe menyatakan hasratnya untuk membida pada Januari lalu. Kelab itu diletakkan status untuk dijual pada bulan November lalu.

Tambahan lagi, lembaga pemilikan memaklumkan keputusan itu bagi “meneroka alternatif strategik” terbaru.

BACA JUGA: Jutawan Britain Berminat Beli Manchester United

Terdahulu, Syeikh Jassim Bin Hamad Al Thani  mengesahkan telah mengemukakan bidaan untuk mengambil kelab The Red Devils itu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Manchester Evening News.

“Syeikh Jassim Bin Hamad Al Thani hari ini mengesahkan penyerahan tawaran untuk pemilikan 100 peratus Kelab Bola Sepak Manchester United.

Kembalikan Zaman Emas United

Manchester United Sheikh Jassim
Gambar: AFP

“Bidaan itu merancang untuk mengembalikan Kelab tersebut kepada kejayaannya di dalam dan di luar padang. Justeru kami akan berusaha untuk menambat hati peminat Kelab Bola Sepak Manchester United sekali lagi,” dalam satu kenyataan.

Dalam bidaan yang dibuat, Sheikh Jassim berikrar bakal membentuk pasukan, pusat latihan, stadium dan infrastruktur yang lebih luas dengan membuat pelaburan besar.

Maklum kenyataan itu lagi, sekiranya kelab tersebut menjadi miliknya, hutang United akan dilangsaikan menerusi Yayasan 92 Sheikh Jassim.

“Visi bidaan adalah untuk menaikkan semula nama Manchester United yang terkenal dengan kecemerlangan dan kembali menjadi kelab bola sepak yang terhebat di dunia. Butiran lanjut bidaan akan dikeluarkan selepas perkembangan mengenai bidaan diketahui,” jelas kenyataan itu lagi.

Sumber: Twitter @al_watanQatar

The post Manchester United Dah Jadi Milik Sheikh Jassim? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*