Tiga Warga M’sia Mangsa Sindiket Penipuan Pekerjaan Selamat Pulang Ke Tanah Air

Tiga Warga M’sia Mangsa Sindiket Penipuan Pekerjaan Selamat Pulang Ke Tanah Air

PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) — Tiga lagi warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar telah berjaya diselamatkan dan pulang ke tanah air pada hari Selasa (17 Jan).

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa berusia antara 19 hingga 33 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

“Kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa Thailand dan PDRM yang telah bersama-sama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dalam membantu menyelamatkan mangsa sindiket jenayah ini,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut sehingga Isnin (16 Jan), Kementerian telah menerima sebanyak 519 laporan melibatkan warganegara Malaysia yang menjadi mangsa jenayah sindiket penipuan di Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.

Daripada bilangan itu, seramai 373 orang telah berjaya diselamatkan dengan 346 orang dibawa pulang ke Malaysia dan 27 lagi masih berada dalam depoh tahanan.

“Kementerian melalui Kedutaan-kedutaan Besar Malaysia di negara-negara yang terlibat bersama dengan PDRM akan terus melipatgandakan usaha bagi menyelamatkan baki 146 orang mangsa sindiket jenayah ini,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

BACA: 261 Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Berjaya Diselamatkan – Kementerian Luar

Sumber: Bernama

The post Tiga Warga M’sia Mangsa Sindiket Penipuan Pekerjaan Selamat Pulang Ke Tanah Air appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*