Tiket AirAsia Sempena Tahun Baru Cina, Hanya RM298 Ke Sarawak & RM348 Ke Sabah

AirAsia tawar promosi menarik

Tiket AirAsia Sempena Tahun Baru Cina, Hanya RM298 Ke Sarawak & RM348 Ke Sabah

Syarikat penerbangan tambang murah utama negara AirAsia dilapor menawarkan promosi tiket bersempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2024.

Perkara itu dikongsikan oleh AirAsia menerusi hantaran di laman X milik syarikat tersebut.

Menurut perkongsian tersebut, sebanyak 134 penerbangan telah ditambah ke tujuh destinasi popular di Sabah dan Sarawak.

“Kami tambah 134 penerbangan ke 7 destinasi popular di Sabah dan Sarawak sempena Raya Cina tahun ni. Jom balik kampung,” tulis perkongsian tersebut.

Tiket berkenaan ditawarkan pada harga hanya RM298 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sarawak melibatkan destinasi Miri, Sibu, Kuching dan Bintulu.

Manakala penerbangan dari Johor Bahru pula melibatkan destinasi Sibu, Miri dan Kuching.

Bagi Sabah pula, tiket ditawarkan pada harga hanya RM348 bagi penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu.

Pelanggan boleh mula menempah tiket pada 5 Januari sehingga 15 Februari bagi penerbangan dengan tarikh bermula dari 5 hingga 15 Februari 2024.

Menurut AirAsia, promosi itu tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang ditetapkan.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: X/AirAsia

The post Tiket AirAsia Sempena Tahun Baru Cina, Hanya RM298 Ke Sarawak & RM348 Ke Sabah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*