Tip Tanam Kangkung Guna Kaedah Hidroponik

tip tanam kangkung

Tip Tanam Kangkung Guna Kaedah Hidroponik

Pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang gemar dengan sayuran kangkung. Sayuran ini banyak digunakan dalam masakan bahkan ia juga enak ‘diratah’ begitu sahaja ketika menjamu selera.

Tidak hairan sekiranya sebahagian masyarakat mengambil inisiatif untuk menanam kangkung. Namun, penanaman kangkung secara meliar kadangkala membimbangkan.

Hal ini kerana tumbuhan ini gemar menjadi ‘rumah’ kepada ulat, pacat atau lintah disebabkan ia tumbuh di kawasan berair seperti paya dan sebagainya.

Oleh itu, ramai yang beralih kepada kaedah penanaman hidroponik. Tetapi segelintirnya masih kurang mendapat pendedahan mengenai kaedah ini.

Jadi, SK hari ini akan berkongsikan tip atau jawapan berhubung kaedah ini oleh Tariq Syahman di bawah. Semoga bermanfaat.

Tip Tanam Kangkung Hidroponik

Gambar: Tariq Syahman

Dua tiga hari ni, video saya kerat daun dan akar kangkung lepas tu biar dia tumbuh balik jadi viral di Tiktok. Ramai yang komen dan tanya soalan.

Ni saya compile untuk kawan-kawan antara soalan lazim yang saya dapat berkenaan tanam kangkung dalam bekas hidroponik ni.

BACA: Kos Haji Muassasah Naik Kepada RM33,300

Soalan Lazim Kangkung Hidroponik

Soalan 1: Air apa kat dalam bekas tu?

Jawapan: Air paip + Baja AB. Baja untuk tanaman hidroponik.

Soalan 2: Berapa sukatan baja dan air untuk pokok tu?

Jawapan: Saya guna 5 mililiter (ml) Baja A + 5ml Baja B untuk 1 liter air. Bancuh 10 liter dalam baldi besar, lepas tu tuang saja dalam bekas tu sampai penuh.

Soalan 3: Berapa kerap kena tukar air dalam bekas tu?

Jawapan: Tak perlu tukar. Cuma perlu topup saja bila air dalam bekas tu dah kurang.

Soalan 4: Dalam air tu ada jentik-jentik tak? Nyamuk boleh masuk ke?

Jawapan: Nyamuk tak boleh masuk, cuma kena pastikan bekas tu kita tutup rapat dan tak ada lubang untuk nyamuk masuk. Tak ada nyamuk, InsyaAllah tak ada jentik-jentik.

Soalan 5: Kalau kita potong akar dan daun dia, kangkung tu boleh tumbuh balik ke?

Jawapan: InsyaAllah boleh. Cuma perlu bagi pokok nutrien yang cukup. Gunakan baja AB ikut sukatan.

Soalan 6: Kenapa perlu potong akar kangkung tu lepas tuai daun dia?

Jawapan: Bila potong akar dia, nanti daun akan keluar lebih banyak. Kalau tak potong, daun dia kurang meriah. Ini berdasarkan apa yang saya observe lepas dah berpuluh kali tuai dan potong akar kangkung tu.

Soalan 7: Kenapa bekas tu kena warna hitam atau gelap?

Jawapan: Untuk elak cahaya matahari masuk. Kalau ada cahaya, nanti bekas tu akan jadi berlumut.

BACA JUGA: Kenali Pencipta Trofi Piala Asia AFC 

Soalan 8: Bekas tu nak cat warna lain boleh tak?

Jawapan: Warna lain pun boleh. Asalkan tak tembus cahaya.

Soalan 9: Berapa kali boleh ulang tuai kangkung ni?

Jawapan: Banyak kali. Selagi dia masih hidup, selagi tu boleh tuai, kerat dan tumbuh semula. Yang saya tunjuk dalam video saya tu rasanya saya tanam sejak dari bulan September 2023. Dah tak ingat berapa kali tuai. Masih hidup.

Soalan 10: Kangkung yang tumbuh semula tu rasa dia sama tak dengan yang sebelumnya?

Jawapan: Sama saja. Rasa kangkung.

Soalan 11: Ada rasa kimia tak kangkung hidroponik ni?

Jawapan: Tak ada. Rasa kangkung jugak. 

Soalan 12: Berapa lama kena tunggu untuk tuai semula lepas dah tuai sekali?

Jawapan: Lebih kurang 2 minggu dah boleh tuai sekali lagi. Kalau lambat sikit, mungkin 3 minggu.

BACA JUGA: Kenali Sadd El-Kafara, Empangan Tertua Di Dunia

Soalan 13: Kangkung ni kena tanam dari biji benih ke?

Jawapan: Dari biji benih pun boleh. Tapi saya lebih suka tanam dari keratan batang. Beli kangkung kat pasar, lepas tu balik rendam dalam air sampai berakar. Lepas tu, pindahkan ke bekas hidroponik.

Soalan 14: Kenapa kangkung saya tak besar?

Jawapan: Mungkin tak cukup cahaya matahari atau tak cukup baja.

Soalan 15: Boleh tak kalau taknak pakai Baja AB tapi nak pakai baja biji-biji atau baja tahi ayam letak dalam air tu?

Jawapan: Tak salah mencuba, tapi hasilnya tak akan sama. Baja lain mungkin tak lengkap nutrien yang pokok nak. Baja AB dah ada semua tu.

Setakat itu saja. Kalau ada lagi, InsyaAllah saya tambah. Kalau ada soalan yang saya miss, boleh tanya. Saya cuba jawab.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Tariq Syahman

The post Tip Tanam Kangkung Guna Kaedah Hidroponik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*