Tragedi Everest: Rundingan Lanjutkan Tempoh Pencarian Hawari Diadakan

everest pencarian hawari

Tragedi Everest: Rundingan Lanjutkan Tempoh Pencarian Hawari Diadakan

Perundingan untuk melanjutkan tempoh pencarian pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim telah diadakan antara Malaysia, Nepal dan operator pendakian Everest, lapor Awani.

Menurut Timbalan Presiden Kelab Eksplorasi Altitud, Murshid Maktab, operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu akan dibantu dengan beberapa peralatan teknologi yang dibawa dari Malaysia.

Peralatan itu termasuk dron, yang mempunyai kehebatan dalam mengesan haba yang dijangka akan diba di Nepal pada Isnin.

Susulan dengan tragedi tersebut, aktiviti pendakian ke puncak tertinggi itu akan ditutup secara rasmi pada esok.

Difahamkan juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti tersebut selepas ia dibuka semula pada tahun depan.

“Buat masa ini rundingan melibatkan Kedutaan Malaysia di Nepal masih lagi berjalan (dengan kerajaan Nepal dan operator Everest).

“Kalau rundingan itu berjaya, pencarian mungkin akan ditambah 10 hari lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.

Murshid menjelaskan pencarian kali ini akan ditumpukan pada satu kawasan dengan teliti sebelum meneruskannya di kawasan lain.

Misalnya pada permulaan, operasi SAR bermula di kem empat, kemudian ke kemt tiga, kem dua dan satu.

“Kalau sebelum ini, pasukan mencari dan menyelamat berpecah kepada beberapa kumpulan dan bergerak secara berasingan,” tambahnya.

Tambahnya, operasi pencarian telah dilakukan di sepanjang laluan pada ketika ini namun mangsa masih belum ditemui.

“Sekarang kita luaskan (operasi) kepada jurang-jurang termasuk celahan bongkah dan sebagainya,” ujarnya

Pendaki hilang

Kredit: BERNAMA

Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Hawari, dikhuatiri hilang di kawasan pergunungan Everest ketika turun dari Kem 4 selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu.

Perkara itu disahkan Ketua Misi Ekspedisi Azim Afif Ishak ketika dihubungi Bernama TV dan operasi pencarian masih dijalankan.

Muhammad Hawari, 33, merupakan OKU pendengaran, dipercayai hilang ketika menuju ke Kem 3 selepas berjaya menawan puncak Gunung Everest yang berketinggian 8,848 dari paras laut, pada Khamis lalu.

Azim Afif berkata kali terakhir Hawari berjaya dihubungi ketika pendaki itu berada di Kem 4.

Hari ini memasuki hari kelapan kehilangan Muhammad Hawari selepas beliau dilaporkan hilang pada 19 Mei lalu.

Sumber: Awani

BACA: Everest: Apa Yang Terjadi Pada Badan Manusia Jika Berada Di Zon Kematian

The post Tragedi Everest: Rundingan Lanjutkan Tempoh Pencarian Hawari Diadakan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*