Trak Mack Milik Kerabat Diraja Johor Terlibat Dalam Kemalangan

Trak Mack Kerabat Diraja Johor

Trak Mack Milik Kerabat Diraja Johor Terlibat Dalam Kemalangan

Sebuah trak jenis Mack milik Kerabat Diraja Johor dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Kilometeri 18.8 Lebuhraya Utara Selatan, lapor Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintende Tok Beng Yeow berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 6.50 petang semalam. Kemalangan itu turut menyebabkan sebuah lori dan kereta mengalami kerosakan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan disyaki berlaku apabila tayar treler itu pecah secara tiba-tiba ketika ia sedang bergerak dari arah utara menghala ke selatan.

Tiada kecederaan dilaporkan oleh kesemua mangsa termasuk pemandu treler Mack terbabit yang berusia 39 tahun.

“Kes diklasifikasikan dibawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya di sini, hari ini. 

Rakaman video pendek tular di media sosial

Sebelum ini, tular di media berkenaan satu rakaman video pendek yang menunjukkan kemalangan membabitkan trak Mack milik Kerabat Diraja Johor tersebut.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Terdahulu, seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori yang sedang membuat pusingan U.

Memetik laporan Astro Awani, nahas tersebut berlaku kira-kira 1.50 petang pada 1 April lalu di KM 17 Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang, berhampiran Kampung Binjai Rendah, di Marang.

Akibat kemalangan tersebut, mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketika kejadian, mangsa sedang menunggang sebuah motosikal model Modenis Kriss dari arah Kuala Terengganu, menghala ke Kuala Berang.

Sejurus tiba di kawasan kemalangan, sebuah lori yang dipandu warga emas yang berusia dalam lingkungan 70 tahun membuat pusingan U di kawasan yang dibenarkan. Lori tersebut dalam perjalanan dari Kuala Berang menghala ke Kuala Terengganu.

Pada masa yang sama, mangsa juga tiba di lokasi lori tersebut sedang membuat pusingan U. Akibat jarak antara kedua-duanya yang sudah dekat, mangsa gagal mengelak dan kemalangan berlaku.

Polis mengesahkan kejadian tersebut berlaku.

Sumber: Astro Awani

The post Trak Mack Milik Kerabat Diraja Johor Terlibat Dalam Kemalangan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*