“Kalau Perodua Nak Beli Semula, Silakan…”- Pemilik Bezza

Kalau Perodua nak beli semula

”Kalau Perodua Nak Beli Semula, Silakan…” Owner Bezza Respon Kenyataan Perodua

Kecoh baru-baru ini melibatkan isu Perodua Bezza yang didakwa mengalami kerosakan selepas lapan jam baru dibeli.

Susulan itu, Ketua Pegawai Operasi Perodua, JH Rozman Jaafar mengeluarkan satu kenyataan bagi menjelaskan situasi yang berlaku.

Rozman berkata bahawa dua solusi telah diberikan oleh pihaknya kepada pemilik Bezza berkenaan.

Dua solusi tersebut adalah menawarkan kereta sementara untuk digunakan dan menawarkan pilihan untuk membeli semula kereta berkenaan.

Di akhir kenyataan berkenaan, Perodua juga memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Pihaknya juga berjanji akan berkongsi maklumat lanjut selepas siasatan berhubung isu berkenaan selesai nanti.

Pemilik Bezza berkenaan, Nagakanni Subramaniam kemudian memberi respon balas kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Perodua.

“Kalau betul Perodua kata nak beli kereta saya, silakan. Tapi mana hitam putih (perjanjian) tu? Sehingga hari ini saya masih belum ada,” kata Nagakanni.

Bagaimanapun, Nagakanni juga mahu membetulkan beberapa fakta berhubung kenyataan media tersebut.

Dakwa Nagakanni, antara solusi yang diberikan adalah dia membeli kereta kedua dengan cara menghantar dokumen pinjaman untuk kereta kedua tersebut.

Namun begitu, dia tertanya-tanya berkenaan status pinjaman kereta pertamanya.

“Ada jaminan secara hitam putih tak yang kata kereta pertama saya akan dibeli semula dan saya tak perlu bayar pinjaman pertama? Tidak ada.

“Sudah lebih 2 bulan masih belum ada apa-apa maklumat secara terperinci mengenai pembelian balik, tempoh pembelian balik, pembayaran pinjaman dan semua itu” dakwanya.

Menurut Nagakanni, isu yang berlaku sebenarnya adalah mudah untuk difahami.

“Saya beli kereta dengan Perodua, enjin rosak kononnya sebab ada bahan asing seperti gula.

“Saya tak dapat ganti dengan kereta baru dan saya masih kena bayar kereta tu setiap bulan.”

Katanya lagi, dia hanya mahukan penyelesaian kepada isu berkenaan dan tidak berniat mahu bergaduh dengan mana-mana pihak.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Facebook/Nagakanni Subramaniam

The post “Kalau Perodua Nak Beli Semula, Silakan…”- Pemilik Bezza appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*