“Travel” Ke Arab Saudi Tanpa Kebenaran, PSG Gantung Messi Selama Dua Minggu

psg gantung messi

“Travel” Ke Arab Saudi Tanpa Kebenaran, PSG Gantung Messi Selama Dua Minggu

PARIS — Bintang Argentina, Lionel Messi dilaporkan telah digantung untuk beberapa perlawanan oleh Paris Saint-Germain (PSG) selepas melakukan perjalanan ke Arab Saudi tanpa kebenaran kelab pada awal minggu lalu, lapor AFP.

Menurut sumber, pemain kelahiran Argentina ini tidak akan turun menjalani sesi latihan bersama pasukan kerana dipercayai digantung selama dua minggu.

PSG Gantung Messi

“Dia tidak boleh turun berlatih, bermain dan tidak akan dibayar semasa tempoh penggantungan dilaksanakan,” maklum sumber.

Sumber lain turut menyatakan bahawa  tiada siapa yang lebih penting daripada kelab termasuk pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu.

Difahamkan, Messi melakukan perjalanan ke Arab Saudi bagi memenuhi komitmen sebagai sebahagian daripada kontrak pejabat pelancong negara. Berikutan itu, pemain PSG itu terlepas sesi latihan pada Isnin lalu.

BACA JUGA: Peminat Arsenal Cadangkan Cara Baru Tentukan Kejuaraan EPL

Mungkin Terlepas Dua Perlawanan

Sekiranya disisihkan selama dua minggu, pemain itu akan terlepas perlawanan menentang Troyes di gelanggang lawan pada 8 Mei dan Ajaccio pada 14 Mei di laman sendiri.

Difahamkan, kontrak Messi bakal tamat pada penghujung musim ini. Kelab itu sebelum ini bercadang untuk melanjutkan kontraknya bersama PSG selama setahun lagi.

Walau bagaimanapun, khabar angin bertiup kencang bahawa kapten Argentina itu bakal meninggalkan PSG pada akhir musim ini.

Untuk makluman, Lionel Messi telah menyertai PSG pada 2021 selepas meninggalkan kelab dari Sepanyol, Barcelona. Bagaimanapun, pemain itu bergelut dengan prestasi terbaiknya selepas berpindah ke Paris.

Dalam 71 penampilan bersama kelab, Messi hanya menjaringkan 31 gol dalam semua pertandingan.

Namun pada musim ini, Messi berjaya mencetak 20 gol dalam semua pertandingan dan merupakan pembantu jaringan (assist) terbanyak dalam Ligue 1 dengan 15 bantuan gol.

PSG kini berada di takhta Liga dengan mengumpul 75 mata selepas 33 perlawanan. Manakala pencabar terdekat Marseille dengan lima mata dibelakang kelab itu dan diikuti rapat oleh Lens dengan 69 mata di tangga ketiga.

BACA JUGA: Ronaldo Dilapor Bakal Pulang Ke Bernabeu, Tinggalkan Al Nassr

Sumber: AFP 

The post “Travel” Ke Arab Saudi Tanpa Kebenaran, PSG Gantung Messi Selama Dua Minggu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*